Rakyat Palestin Kibarkan Bendera Malaysia Di Gaza. Sebab Kenapa Pasti Buat Anda Terharu. Rakaman Disediakan

Keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penyertaan atlet daripada Isr4el daripada menyertai 2019 World Para Swimming Championships yang dirancang untuk diadakan di Kuching, Sarawak ,Julai dan Ogos ini telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah di peringkat dunia.

Malah, ada pemimpin daripada negara tersebut menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik kerana keputusan tersebut.

Bagaimanapun, keputusan yang dibuat tersebut nyata dihargai oleh warga Palestin selepas sekian lama menjadi mangsa penindasan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter, Muslim Imram di laman twitternya.

Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan para penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan perlawanan yang diadakan di Gaza telah menggantung bendera Malaysia bersebelahan dengan bendera Palestin.

Bersama-sama bendera tersebut, para penyokong ini turut menaikkan satu kain rentang sebagai penghargaan kepada keputusan yang dibuat Malaysia.

”Terima kasih Malaysia kerana berdiri teguh menentang pengnormalan terhadap Isra3l”, kata-kata yang tertera pada kain rentang tersebut.

Video Berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini telah mengulangi pendirian tegas bahawa Malaysia tidak akan menganjurkan sebarang acara yang melibatkan penyertaan warga negara Isr4el.

Sumber: Muslim Imran via Siakap Keli

Notakaki: Tahniah Malaysia kerana memperjuangkan Palestin. Kita harus bersatu dalam memperjuangkan agama Islam. Semoga semua dipermudahkan.

Dituduh anti Yahuudi sebab halang atlet Isr4el, ini jawapan ‘power’ Tun Mahathir di Oxford

Dituduh anti Yahudi sebab halang atlet Israel, ini jawapan 'power' Tun Mahathir di Oxford

Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford.

Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi.

Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Isra3l daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Isr4el.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Isr4el kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.

“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Isr4el ataupun Yahudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Isra3l.”

Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Isr4el untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.

“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Isr4el. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.

Ditanya adakah adil untuk rakyat Isra3l dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Isr4el menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.

“Kerajaan Isra3l sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Isr4el tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka” jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Sumber Artikel: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*