Rakyat Tak Teringin Ke Ada Perdana Menteri Naik Mimbar, Laksana Hukum Hukum Islam??

Bukan mudah untuk memilih pemimpin bagi mentadbir sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya seperti Malaysia. Silap langkah sikit, kepercayaan akan ‘musnah’ dalam kalangan rakyat.

Pemimpin juga bukan dikira berdasarkan faktor ‘paling dikenali’ semata-mata, sebaliknya terdapat segelintir masyarakat yang mahukan ilmu pengetahuan agama menjadi perkara asas apabila memerintah negara.

Itu dipersoalkan seorang pengguna Facebook, Muhammad Khairul Azmi Othman yang bertanya sekiranya rakyat Malaysia berhasrat untuk memiliki Perdana Menteri (PM) yang menerapkan nilai-nilai Islam.

Al-Sultan Abdullah & Tuan Guru Hadi Awang

“Tak teringin ke rakyat Malaysia ni mempunyai seorang Perdana Menteri yang hari Jumaat naik mimbar berkhutbah, kuliah subuh, kuliah maghrib..
“…tafsir al-Quran, tafsir hadis serta melaksanakan hukum-hukum Islam di Tanah Melayu ni. Tanya jer,” tulisnya pada 25 Februari lalu.

Posting berkenaan mendapat 1,700 tanda suka dan sebanyak 4,700 perkongsian serta pelbagai pendapat dalam kalangan warganet.

Beri peluang kepada Islam untuk buktikan!

Nak sangat tengok Tuan Guru jadi PM

Teringin lihat Islam memimpin

Setuju! Inilah masanya

Tapi kena buktikan sebagai menteri dulu!

Kami okey je!

Sememangnya bukan mudah untuk memilih dan menjadi seorang pemimpin. Tapi paling penting, mereka perlu menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*