Ramai Tak Setuju PKP Dilonggarkan. Sebenarnya Ini Sebab Kenapa PKP Dilonggarkan

Malaysia berjaya memenuhi enam kriteria yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penularan COVlD-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antaranya ialah memperketatkan kawalan sempadan negara untuk mengelakkan kes import positif COVlD-19.

“Kedua, negara berjaya mengawal pergerakan untuk mengurangkan kadar jngkitan dalam kalangan rakyat tempatan dan meningkatkan keupayaan fasiliti kesihatan.

“Selain itu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya turut dipertingkatkan, selain melaksanakan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya.

Tambah Muhyiddin, kriteria keenam yang berjaya dipenuhi negara adalah pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijngkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu.

“BEBERAPA minggu lalu, kita bimbang jngkitan ini (Covd-19) berlaku kenaikan tinggi.

“Disebabkan itu kita meminta penangguhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beberapa minggu,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, negara kini berada dalam fasa pemulihan berbanding ketika tempoh pelaksanaan PKP di peringkat awal dan berharap ia semakin baik.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan nasihat (kepada kerajaan) sebelum tindakan seterusnya.

“Tujuan utama kita untuk melandaikan lekuk jngkitan dan kita berjaya melakukannya serta membuat langkah mengekang sejak awal lagi,” katanya pada sidang media harian Covd-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan melonggarkan PKP fasa empat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kejayaan semua pihak melandaikan jngkitan Covd-19.

Katanya, pada awal pelaksanaan tiada impak ekonomi berlaku dan keputusan terbaharu dibincangkan secara kolektif oleh semua pihak terbabit.

COVlD-19: Enam kriteria tentukan PKP sambung atau tidak

KUALA LUMPUR: Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak.

Kriteria pertama ialah kawalan sempadan yang penting untuk mengelakkan kes import berlaku dan perkara ini kita belajar daripada negara lain.

Kriteria kedua, kawalan pergerakan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijngkiti dan pentingnya untuk rakyat berada di rumah.

Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan, manakala kriteria keempat ialah keperluan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kriteria kelima pula adalah mengenai mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai pelindung muka yang perlu dilakukan masyarakat hari ini.

Kriteria keenam ialah pemerkasaan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijngkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu,” katanya.

BERITA HARIAN ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*