Ramai Tak Tahu Rupanya Sajat Dah Pulang Ke Malaysia. Rakan Mutawwif Yang Bersama Sajat Ceritakan Semua Sehingga Sampai KLIA

WALAUPUN mencetuskan k0ntr0vrsi1 kerana berpenampilan wanita ketika mengerjakan ibadat umrah di Makkah serta bertubi-tubi dikecam masyarakat, usahawan kosmetik k0ntr0vrsi1, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat tetap tenang menjalani ibadat sepanjang di sana.

Dalam video pendek yang dikongsi di Instagram semalam, Sajat turut mengambil kesempatan melakukan amal jariah apabila bersedekah makanan kepada masyarakat di sana.

“ Fi Sabilillah Sadaqah Jariah di Kota Makkah. Saya tenang di sini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini. Jika banyak lagi masa, hari-hari saya nak bagi macam ni, Insya-Allah,”

katanya yang mengimpikan untuk terus berada di situ dan sentiasa melakukan amalan bersedekah.

Bagaimanapun, Sajat yang masih kekal dengan penampilannya berjubah dan mengenakan tudung hitam terus menerus menerima kecaman masyarakat.

Rata-rata mereka mengecam penampilannya serta mengambil perhatian terhadap teguran-teguran yang diberikan.

Ada yang mempertikaikan soal muhrimnya apabila dihimpit golongan wanita. Tidak kurang juga memintanya supaya dia merendahkan ego dan kembali ke pangkal jalan.

Sajat Muat Naik Video Di Mekah

Sajat Sudah Sampai Malaysia Sebenarnya

TIDAK selesa berpakaian lelaki dipercayai antara penyebab ahli perniagaan k0ntr0vrsi1, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memilih berpenampilan seperti wanita ketika di Tanah Suci.

Difahamkan, Sajjad bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi semalam, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.

Perkara itu disahkan oleh rakan kepada mutawwif yang bersama Sajjad sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Dia yang enggan dikenali berkata, rakannya itu tidak mengenali Sajjad dan hanya mengetahui identiti ahli perniagaan terbabit selepas tular di media sosial.

“ Itu pun selepas seorang jiran memberitahu isterinya sebaik melihat gambar ustaz bersama Sajjad yang tular. Isteri kemudian menghubunginya yang ketika itu berada di Tanah Suci.

“ Selepas mengetahui perkara itu, ustaz bertemu Sajjad meminta penjelasan. Dia turut menasihati Sajjad supaya mengakui kesilapan dan memohon keampunan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Disebabkan gambar tular itu, katanya, rakannya itu dikecam dan dihina oleh warganet tanpa mereka mengetahui perkara sebenar.

“ Ustaz memang tidak tahu apa-apa dan dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai pembimbing umrah kerana Allah. Berhenti menyalahi beliau.

“ Alhamdulillah, ustaz tenang sekarang bersama keluarga dan tidak mahu diganggu,” katanya.

Dia berkata, kepulangan mereka berjalan lancar, malah Sajjad juga tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Sajjad menerusi Instagram naik lima status memohon keampunan Allah.

“ Ampunkan aku Ya Allah aku seorang pendosa. Ya Allah maafkan aku, aku bersujud pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah yang baik datangnya dari Allah yang jahat datangnya dari kita.”

Sajjad turut menukar semula tetapan instagramnya daripada privasi kepada umum seperti sebelum ini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Bharian

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*