Ramai Terkejut Bila Lihat Hanya Sebuah Rumah Ini Sahaja Masih Tegak Kukuh Manakala Yang Lain Semua Tumbang

Menakjubkan, apabila sebuah rumah kelihatan masih utuh dan tidak terkesan walaupun kawasan di sekitarnya musnah dibadai tor nado.

Rakaman itu berjaya dirakam oleh sebuah drone selepas serangan tor nado yang mengorbankan 23 orang awam di Alabama dan Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada 3 Mac lalu.

Jurugambar, Matt Gillespie, yang merakam gambar tersebut kemudiannya memuat naik video itu ke facebook beliau.

”Gila bagaimana rumah ini masih kukuh dan hanya mengalami kerosakan sedikit, terima kasih Tuhan, semua yang berada di dalam rumah ini berada dalam keadaan baik!”

Rumah tersebut difahamkan menjadi laluan ribut, tetapi keajaiban berlaku apabila ia hanya mengalami kerosakan sedikit.

Beberapa buah rumah di sekeliling pula mengalami kerosakan yang lebih teruk di mana bumbung rumah telah hilang dan ada di antaranya yang telah rosak teruk.

Ribut kuat melanda dengan kelajuan 170 batu sejam dan diletakkan di peringkat F4 telah mengorbankan banyak nyawa dalam tempoh enam tahun.

Dalam kejadian tersebut, penduduk setempat hanya menerima amaran 12 minit untuk menyelamatkan diri sebelum ribut membadai. Kerana kesuntukan masa, ramai yang sukar menyelamatkan diri dan harta benda.

Sumber : Daily Mail via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*