‘Rezeki Tetap Ada’ – Sudah Sembilan Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Ini Yg Sheila Mambo Lakukan Skrang

SHEILA Mambo, 57, mendedahkan dia sudah sembilan bulan tidak mendapat tawaran berlakon.

Sheila yang aktif berlakon sejak 1980-an berkata, ketika ini dia memberi tumpuan kepada tempahan membuat kek dan kuih-muih menerusi Instagram.

“Walaupun saya tiada tawaran berlakon, Allah menyalurkan rezeki ke bidang lain. Dengan kemahiran memasak yang saya ada sedikit sebanyak dapat membantu menampung pendapatan untuk kelangsungan hidup.

“Walaupun berniaga kecil-kecilan, saya bersyukur kerana ia dapat sambutan,” katanya.

Selesa bermuhasabah diri, Sheila berkata, pada usia sudah melewati 50-an dia memilih untuk berfikir positif.

“Sebagai manusia biasa dan hamba-Nya, ujian yang diberikan Allah itu saya anggap sebagai tanda kasih-Nya. Allah mahu saya belajar reda pada takdir dan elak daripada terus menyalahkan orang lain,” katanya.

Pada masa sama, Sheila berharap pemberian pencen yang disyorkan pihak bertanggungjawab kepada pelakon veteran menjadi kenyataan.

Sheila yang juga pelakon drama Asalkan Dia Bahagia, Andainya Takdir dan Andainya Takdir 2 di TV3 juga bersih daripada sebarang cerita sensasi serta kontroversi sepanjang lebih tiga dekad bergelar pelakon.

Antara jualan Sheila Mambo

“Dulu perkembangan industri hiburan tidaklah sehebat seperti sekarang. Persaingan sesama pelakon pun tidak serancak kini apabila kemunculan pelakon baharu terlalu ramai,” katanya.

Sheila berkata, seiring perbezaan era yang menjurus pada teknologi, pengaruh media sosial makin menjadi perhatian.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*