TampiI Unik DaIam MajaIah Berbhasa Cina, Rupanya Neelofa Dah Bagi ‘Hint’

Siapa sangka walaupun sudah mengenakan niqab, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa menjadi artis pertama yang tutup berlitup muncul sebagai penghias muka depan majalah berbahasa Cina, Citta Bella bagi edisi November.

Walaupun sesi fotografi ini dilakukan sebelum dia membuat keputusan berniqab, namun segala konsep sesi fotografi datang daripada pengacara itu sendiri. Mungkin dia dah tahu majalah ini akan keluar ketika dia sudah mula berniqab.

Shoot sebelum berniqab

Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.

Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sesi fotografi pada awal Oktober.

Menurut pihak majalah Citta, pihak mereka sangat menghormati keputusan Neelofa untuk berniqab. Pihak mereka turut mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang bakal pelakon itu lalui. Dalam pada itu Citta Bella turut memberi mesej bahawa kecantikan bukan saja secara luaran tapi juga dalaman.

Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua.

Ibu tempat saya mengadu

Dalam menghadapi kritikan buruk dari netizen, saya akan marah tetapi saya belajar untuk tidak mengambil secara serius komen kerana semua ini akan berlalu. Sejujurnya saya tidak begitu menikmati kehidupan saya yang sentiasa di bawah perhatian orang ramai.

Menerusi temubual eksklusif bersama majalah Citta, Neelofa menberitahu dia tidak selesa apabila segala apa yang dilakukan akan menjadi perhatian. Jika ada kesilapan dilakukan, pasti mendapat kritikan netizen. Namun menurutnya lagi, keadaan ini dia sudah lali sejak bergelar selebriti.

Apabila ditanya apa yang dilakukannya setiap kali berhadapan dengan kritikan netizen, Neelofa memberitahu bahawa ibunya adalah tempat dia meluah perasaan dikala menghadapi masa yang sukar.

Saya sangat menghormati ibu saya, jadi setiap kali saya menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan, saya akan jumpa dia secepat mungkin. Dia selalu tahu bagaimana menyedarkan saya. Saya juga akan pergi bermain dengan anak buah saya untuk melupakan semua masalah saya.

Neelofa akui hidupnya lebih tenang selepas dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif. Apa yang lebih penting adalah memajukan perniagaan tudungnya agar bertambah maju dan berjaya.

3 Ciri-ciri lelaki idaman Neelofa

Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat.

Perkara ini didedahkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella yang dimuat naik, hari ini.

Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’

“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.

Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminatnya, lofa.page.

Video berdurasi 4.14 minit itu mengandungi klip dan gambar lama Neelofa bersama PU Riz yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab.

Video istimewa yang dibuat khas oleh seorang daripada peminat Neelofa nyata menarik perhatian ramai apabila video yang dimuat naik di IGTV itu sudah ditonton lebih 487,000 ribu dan meraih 460 komen.

Sumber : Cittabella, astro gempak, ohbulan, SamSon Studios

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*