Ayah Remy Ishak MeniinggaI Dunia Pagi Tadi. Remy Ishak Kongsi Foto Saat Terakhir Bersama Ayahnya Di Hospital

BAPA kepada pelakon terkenal Remy Ishak iaitu Ishak Idris meninggal dunia pada awal pagi, Sabtu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagramnya pada pagi Sabtu.

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik foto bersama Allahyarham di sebuah hospital.

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembuskan nafas yang terakhir pada awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu tidak memberi sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami dan punca Allahy4rham bapanya men1nggal dunia.

Sementara itu, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberi ucapan takziah dan mendoakan agar arwah bapa Remy ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menerusi laporan mStar pada 27 Jun tahun lalu, Remy mendedahkan hubungan dia dan bapanya semakin rapat semenjak membintangi filem Pulang pada tiga tahun lalu.

Menurut Remy, skrip dan jalan cerita filem itu yang mengisahkan seseorang kehilangan bapa telah membantu memulihkan hubungan dia dan bapanya.

Salam takziah kepada Remy Ishak dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Semoga dipermudahkan segala urusan Remy Ishak. Innallilah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*