‘Mohon maaf, syarikat tiada pilihan lain..’ – 172 Juruterbang, 111 Kru Dan 50 Jurutera AirAsia Diberhentikan

“Sabar dengan dugaan..semua airlines seluruh dunia buat pekara yang sama..penerbangan keluar masuk negara belum beroperasi..selagi covid masih ada..airlines tak mampu cover berbulan-bulan untuk staff..keputusan memang sudah dijangka.”

Itu antara sebahagian komen warganet yang terkejut dengan berita beratus juruterbang dan jurutera syarikat penerbangan terkemuka tanahair, AirAsia bakal diberhentikan.

111 kru, 172 juruterbang, 50 jurutera AirAsia diberhentikan

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad bakal menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dalam usaha pengecilan operasi.

Pengumuman pemberhentian itu difahamkan dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan pada tengah hari ini.

Sumber Astro AWANI memaklumkan, kesemua yang akan terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

AirAsia Berhad juga menjanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.

Riad juga dipetik sebagai berkata, situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi.

Mohon maaf, syarikat tiada pilihan lain

Sumber Astro AWANI juga memaklumkan, Riad turut memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Tambah sumber itu lagi, Riad pada masa sama tidak boleh memberikan jaminan tempoh syarikat itu akan kembali normal seperti sebelum ini.

Malah pemberhentian tenaga kerja itu tidak hanya dilaksanakan oleh AirAsia Berhad malah di semua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia.

Dalam pada itu, sumber Astro AWANI memaklumkan, belum ada kepastikan sama ada akan berlaku pengurangan gaji kepada tenaga kerja yang tidak diberhentikan.

Dalam perkembangan berasingan, AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan tenaga kerja Malaysia dan asing, namun jumlah sebenar tidak diumumkan di dalam sesi taklimat yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.

Pemberhentian itu dijangka melibatkan tenaga kerja setiap sektor termasuk operasi, pengurusan, kru dan juruterbang.

Menurut sumber yang menyertai sesi berkenaan, AAX akan beroperasi menggunakan sekitar 15 ke 16 pesawat apabila sektor antarabangsa dibuka semula.

Ia berbanding 32 pesawat yang dimilik AAX pada ketika ini.

Sesi tersebut turut menjelaskan bayaran bonus dan insentif akan dimansuhkan namun bayaran gaji pokok akan dikekalkan termasuk elaun penerbangan,sektor dan bermalam.

ASTRO AWANI, AIRASIA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*