Saintis Temui Penawar Cov-19 Yang Dikatakan Mampu Kurangkan Risiko Wbak Tersebut

LONDON: Saintis United Kingdom (UK) mendakwa berjaya temui ubat yang dipercayai mampu meningkatkan survival pesaklt COV-19.

Dexamethasone, steroid murah dan mudah diperoleh, dipercayai mampu mengurangkan kadar kematiian dalam kalangan pesakit.

Penemuan itu diumumkan pada Selasa. Kerajaan UK membenarkan penggunaan ubat berkenaan di seluruh negara.

“ Ubat ini mengurangkan risiko kematiian kepada satu pertiga daripada mereka yang bergantung kepada mesin, alat bantuan pernafasan, dan mereka yang bergantung kepada bekalan oksigen.

“ Ini memberikan impak besar kepada pesaklt.”

Sejumlah 2,104 pesaklt diberikan ubat berkenaan dalam kajian yang diketuai University Oxford.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyifatkan penemuan terbaharu itu sebagai pencapaian hebat dalam usaha menemukan penawar jngkitan COV-19.

“ Kita berjaya mengharunginya. Saya fikir kita kini sudah mulai nampak, ubat yang lebih berkesan seperti Dexamethasone yang mungkin boleh digabungkan dengan ubat lain.

“ Ini adalah langkah pertama, mungkin ada yang masih meraguinya.

“ Ia beri harapan kepada cara rawatan yang akan memberi perbezaan besar kepada kadar kematiian,” kata Johnson.

RENTAS ASIA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*