Sajad Kalah Kes Sebab Tak Ikut Kontrak, Ini Yang  Akan Berlaku Kepada Sajad

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan Nur Sajat Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad membayar ganti rugi hampir RM200,000 kepada bekas stokis utama syarikatnya, OWA Resources.

Sajat Lnggar Kontrak Perniagaan 

Dalam sebuah kenyataan media sebentar tadi, OWA Resources menang dalam rayuannya bagi saman kes pelanggaran kontrak. Bayaran ganti rugi dan kos telah ditingkatkan apabila Mahkamah Tinggi mendapati Sajat telah melnggar kontrak perniagaan. Pada Januari 2020, plaintif Nurwati Hussin, pengasas OWA Resources memenangi kes pelnggaran kontrak terhadap usahawan itu.

Mahkamah mendapati barisan peguam plaintif yang diketuai oleh Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates And Solicitors telah membuktikan pada keseimbangan kemungkinan (on the balance of probabilities) yang ketiga-tiga defendan iaitu Sajat (Muhamad Sajjad Kamaruz Zaman), Ashaari Maznan dan Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. telah melanggar kontrak perniagaan dengan Nurwati.

Berjaya Saman Sajat Pada 2018

OWA Resources berjaya menyaman Sajat pada 2018 kerana dia dikatakan gagal membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh syarikat itu antara Februari hingga April 2018.

“Hakim Mahkamah Sesyen telah mengadili ganti rugi dan kos kepada kami awal tahun ini tetapi kami merayu ke atas dua perkara termasuk kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen kerana kes ini melibatkan kos yang begitu tinggi termasuk 9,500 halaman dokumen, yuran pakar forensik komputer, lebih dari 40 hari pengurusan kes, 10 hari perbicaraan dan kos bagi menjawab tuntutan balas oleh Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang telah dibuktikan s4lah oleh mahkamah.

Oleh itu, sekali lagi dengan bantuan barisan peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli, kami mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi,” kata Nurwati dalam sebuah kenyataan

Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan OWA Resources berkaitan ganti rugi dan kos bersetuju bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi meningkatkan pembayaran hampir kepada RM200,000.

“Mahkamah Sesyen meluluskan RM15,000 kepada anak guam OWA Resources bagi gantirugi yang merupakan dua daripada empat perkara yang telah kami failkan. Dua perkara lagi tidak diluluskan pada Januari 2020. Kami berpuas hati Mahkamah Tinggi Shah Alam bersetuju bahawa kedua-dua perkara yang dituntut itu benar dan kes ini menelan kos perbicaraan yang tinggi,”

“Akhirnya, keputusan pengadilan ini telah memulihkan imej, jenama dan reputasi OWA Resources. Sudah tentu kami gembira untuk anak guam kami kerana berjaya mendapat apa yang mereka mahukan dan untuk mereka terus berniaga dengan reputasi yang tetap kukuh. Adalah penting bagi mereka untuk memiliki reputasi yang baik dalam industri ini setelah mereka digambarkan seolah-olah mereka adalah penjenayah,” tambah peguam Nurul Hafidzah Hassan.

Nurwati menyatakan bahawa OWA Resources kini lebih komited dalam perniagaan mereka berbanding sebelumnya.

“Sudah lama perjalanan kami di mahkamah beberapa tahun ini bagi mencari keadilan dan keputusan hari ini telah mengakhiri krisis perundangan, ekonomi dan reputasi syarikat kami,” kata Nurwati lagi

Untuk rekod, saman balas Sajat terhadap Nurwati yang mendakwa stokis tersebut telah menyelewengkan wang syarikat dan melakukan pecah amanah telah ditolak Mahkamah Sesyen dan merupakan satu fitnah dan ancaman undang-undang tidak berasas. Malah melalui kes tersebut, Sajat didapati sentiasa meminjam duit Nurwati dan suami.

SUMBER/KREDIT: murai.com

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*