Bapa Sajat Pula Bersuara. Bagi Kebenaran Untuk Tengok ‘Jantlna’ Sajat, Tapi Tak Sangka Ini Syaratnya Yang Mengejutkan

Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya dig4ri.

Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik beberapa hantaran memberi bayangan mengakui status sebenar jantina dirinya.

Malah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengesahkan Sajat disi4sat pihaknya berikutan menerima laporan usahawan kontroversi itu berpakaian wanita ketika menghadiri majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Shah Alam.

Dalam hantaran terbarunya, Sajat yang masih berasa dirinya teraniaya mempersoalkan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang disifatkan memperm4inkan agama walaupun banyak kerja amal sudah dilakukannya.

“Mungkin mereka suka tengok saya mel4cur dari buat kerja elok kot!!

“Yalah! Saya mana ada rekod kena tangkap OPS pel4curan di bawah JAIS!” tulisnya.

Sajat kemudian memuat naik video berjalan memakai baju tidur sambil memberi sedekah kepada gelandangan di jalanan berserta kapsyen yang menegaskan perbuatan sedekah atau wakaf bukan berpandukan dari pakaian, tetapi dari niat hati dan keikhlasaan.


“Sedekah tak pandang siapa GENDER kita, AGAMA kita, STATUS kita, PAKAIAN kita atau SESIAPA pun BOLEH bersedekah, yang penting kita mempunyai hati perkemanusiaan.

“Saya sayang Allah, tetapi mereka kata saya mempersenda agamaku kerana sedekah Di wisma ku sendiri dengan keadaan berjubah dan bertudung. Ia terus dihukum mempersenda agama islam. Maafkan Aku.. Aku bukan manusia sempurna,” ujarnya.

Sebelum ini  tular satu video ketika Sajat menangis dig4ri, muncul seorang wanita yang di percayai ibu kepada Sajat memarahi beberapa pegawai Jais.

Menurut rakaman tersebut, Ibu Sajat kelihatan sangat mar4h dan mendoakan supaya keturunan pegawai Jais akan mendapat anak seperti Sajat

“Saya doakan awak semua anak awak akan dapat, keturunan awak semua macam Sajat” – Mak Sajat


Dalam pada itu, netizan terus menyokong tindakan tegas dari JAIS, kerana isu melibatkan Sajat telah lama berlaku

“JAIS buat kerja diorang. Kau pergi rekod. Kalau kau ikot flow, JAIS da cakap kau boleh dijamin keluar dengan 1 penjamin. Mak atau ayah. Tanpa bayaran. Tapi kena dakwa la dlu, kena tangkap, kalau kau ikot flow undang2 nya, tak jadi havoc pun. JAIS tahan atas dakwaan pemakaian bukan majlis kau. Tuduhan 2018 pun masuk skali. Hahaha. Drama. Nak tunjuk dia kena b-uli, tak diberi hak kemanusiaan. Takde plak dgr JAIS maki2 je-rit2 masa bg keterangan. Dia yang start nak lari keluar. Mula2 skali dah s4lah dah. Ambik phone, rekod all the things. Ni da masuk kes4lahan polis pulak. Haha! Da bertambah masalah. Tuhan jentik sikit je. Berubah jela. Yela kau banyak duit. Ada kuasa duit. Kuasa tuhan? Bila2 je boleh dia tegur kau. Go JAIS GO!! Im on your side!” tulis seorang ntizen

“Sajat perempuan, bayar RM300 juta kalau nak tengok sekali imbas boleh la” – Bapa Sajat

Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2018, personaliti itu pernah memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

“Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.

“Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khvnsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.

Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya.


Paparan skrin perkongsian Sajat di Instagram.

“Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.

“Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa…,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.

Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.

“Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.

Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.

Pada 2018, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.

“Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.

“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada tengah hari Khamis.

SUMBER/KREDIT:AwattsyeikhhNetwork

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*