Saman RM10k Sebab Pakai Facemask Dekat Dagu Jadl TuIar. Ketua P0Iis Daerah Kerian Tampil JeIaskan Apa Sebenar BerIaku

BAGAN SERAI: Polis mengesahkan satu notls k0mpaun RM10,000 di Tanjung Piandang, Parit Buntar, yang tular adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 1.20 tengah hari Jumaat lalu di kedai runcit di Tanjung Piandang, pihaknya menahan dan mengeluarkan notis kompaun kepada lelaki berusia 45 tahun berikutan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Berdasarkan pemerhatian dan si.asatan anggota, lelaki itu gagal memakai pelitup muka dengan sempurna dan hanya meletakkannya di dagu ketika masuk dan keluar dari premis berkenaan.

“Oleh demikian anggota mengeluarkan satu notis kompoun kepada lelaki terbabit di bawah Seksyen 21A (1) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi pihaknya menyeru orang ramai agar terus patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya mengenai jumlah saman, beliau menegaskan pengurangan saman hanya ditentukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.

Artikel berkaitan..

Kena k0mpaun RM10,000 sebab gagal mendaftar

Kuala Lumpur: Polis menafikan pihaknya mengeluarkan notis kompaun RM10,000 ke atas individu yang dida.kwa tidak melakukan kesalahan ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki berkenaan dik0mpaun kerana ga.gal mendaftar diri sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar yang disediakan pekedai.

Katanya, notis berkenaan dikeluarkan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19.

“Saya menegaskan perkara yang ditularkan, kononnya individu yang dikompaun itu sudah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membuat pemeriksaan di premis perniagaan di Bukit Jalil mengesan kesalahan individu berkenaan pada jam 6.55 petang semalam.

Terdahulu, tular di media sosial gambar salinan kompaun RM10,000 yang dikeluarkan ke atas individu kerana kesalahan tidak mendaftar diri ketika berada di sebuah kedai makan.

Maklumat dalam tular itu mendakwa individu terbabit sudah mendaftar namun, tetap menerima notis ko.mpaun.

Sharing is Caring!

Sumber/Kredit : HMETRO ONLINE via Awatt syeikh network

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*