
Menerusi akaun Twitter milik pengacara, Fedtri Yahya, dia ada berkongsi sekeping foto yang memaparkan komen yang diberikan seorang pengguna media sosial yang ditinggalkan ketika siaran Facebook ‘Live’ ketika Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Doktor Noor Hisham Abdullah melaporkan perkembangan terkini kes wbak Cov1d-19 pada 1 Mei lalu.
Perkongsian pengacara televisyen terkenal Ahmad Fedtri Yahya luahkan rasa kecewa dengan komen seorang penjaga mendesak agar kelas PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi) dibuka semula kerana tidak tahan menjaga anak OKU. Sedihnya..
Jelas individu berkenaan, sekolah khas juga perlu dibuka bagi kerana ada ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak istimewa mereka di rumah dalam tempoh lama.
Lalu, respon yang diberikan didakwa berbaur negatf segelintir pihak.
Tak mampu jaga anak terlalu lama
“Sekolah pkki untuk kanak-kanak OKU tolong buka. Emak ayah tak mampu jaga nak-anak OKU kat rumah terlalu lama,” tulis individu berkenaan.
Lalu, hos dan penulis lirik berusia 37 tahun itu dia meluahkan rasa terhadap segelintir dari mereka yang dilihat terlalu mementingkan diri.
“Tanpa segan dan malu, ada ibu bapa komen begini ya. Tak sanggup jaga anak OKU di rumah.
“Guru pula jadi sandaran dan tempat melepas tanggungjawab,” tulisnya.
Komen berkenaan dibuat menerusi siaran langsung pihak KKM menyampaikan berita mengenai kes Covid-19. Menurut penjaga berkenaan, dia meminta agar sekolah PPKI dibuka semula kerana ibu bapa tidak mampu menjaga anak-anak OKU di rumah terlalu lama sepanjang musim PKP ini.
Perkongsian berkenaan membuatkan ramai yang geram dan bersimpati dengan anak istimewa tersebut yang dianggap bebaban oleh penjaga mereka. Tak kurang juga ada ibu-bapa yang kongsi rasa syukur dikurniakan anak istimewa begini.
Bukankah itu anak sendiri, Tanpa malu komen diberi
Apakah guru tempat melepas, segala beban tak sanggup digalas?
Setiap zuriat adalah cahaya, saham akhirat jalinan syurga
Simpati nasib si anak kandung, apakah terdengar tangisan senandung
Guru membaca terasa luluh, ada penjaga rimas mengeluh
Tidak sanggup santuni gelagat, insan mulia diuji cacat
Apakah nasib dewasa nanti, ketika guru tak lagi di sisi
Ramai sebak
Respon guru PPKI
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply