Satu Dalam Sejuta! Chef Wan Tak Mungkir Janji Jaga Kebajikan Bekas Isteri Selama 33 Tahun Hingga Hujung Nyawa

Pelbagai karenah cerita raya pada tahun ini ditambah pula dengan PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Ramai rakan artis dan juga warganet yang berkongsikan pengalaman raya masing masing.

Kenangan bersama bekas isteri bertahan hanya 4 tahun

Berlainan pula bagi chef selebriti popular tanah air iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Dato Redzuawan Bin Ismail yang tampil berani berkongsi pengalaman rayanya bersama keluarga. Che Wan yang berasal daripada Sg Koyan, Kuala Lipis memuat naik gambar bersama ibu dan bekas isteri.

Bekas isterinya telah pun pergi menghadap Ilahi sejak Mac lalu, namun perkongsian itu dibuat bagi satu penghargaan dan kenangan raya bersama.

Menurut Chef Wan bekas isterinya merupakan seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Tambahnya lagi, walaupun mereka telahpun berpisah selama 33 tahun tetapi tanggungjawab terhadap isterinya itu dibuat sehingga ke nafas terakhir.

Menghargai wanita sebagai ibu kepada anak-anak

Dalam masa yang sama Chef Wan sangat menghargai isterinya itu kerana baginya dia bertanggungjawab dengan kebajikan ibu kepada anak anak mereka. Memang jarang ditemui lelaki yang masih menjaga bekas isteri kerana kebiasaannya bapa hanya memberi nafkah kepada anak anak.

Berceritakan kisah mereka, perkahwinan yang di awal usia 22 tahun itu ialah perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarga kedua belah pihak. Pada ketika itu, bekas isteri hanya berumur 19 tahun dan masih belum matang dalam banyak hal.

Rumahtangga yang dibina itu hanya mampu bertahan selama 4 tahun dan mempunyai sepasang anak. Namun begitu, Chef Wan telah berjanji ketika dia ingin berpisah bahawa dia akan menjaga segala kebajikan isterinya itu termasuklah, tempat tinggal, makan minum dan pakaian nya sehingga ke liang lahad.

Tambah Chef Wan lagi dia juga membeli sebuah apartment yang hanya selang beberapa blok daripada rumahnya untuk bekas isteri bagi menyenangkan pemandu untuk menjemput bekas isteri untuk kemana mana.

Chef Wan tidak pernah lupa dengan memberi elaun sebanyak RM5000 setiap bulan untuk keperluan bekas isterinya.

Chef Wan berkata dia sentiasa ingin memberi kemewahan kepada bekas isterinya sehingga termampu. Jelasnya lagi, bekas isterinya ini tidak pernah pun meminta apa apa daripadanya.

amalina_lin – Thank you for sharing your beautiful story. Separation doesn’t have to end bitterly, one like yours is a truly amazing story. Semoga Dato’ Dan arwh isteri dikurniakan sebaik-baik syurga firdausi. Amin

wansyafiqzaini – Allah. Dato’, you betul2 buat hati saya ni tersentak. Alfatihah wa yassin (dibaca) untuk allahyarhamah. Mulia sungguh hati Dato’ sehingga menjaga kebajikan more than 100% toward your ex wife. Ya, saya setuju cemburu yang melampau mampu memberikan satu suasana yang agak panas. Yang penting, TRUST and never BETRAY. Semoga Dato sekeluarga sentiasa berada dibawah naungan rahmat Allah SWT. Aamiin.

waty.zuraimi – Tidak sehaluan tidak bermakna lepas tanggungjawab, dek kerana tiada mau pergaduhan, becerai ada jln terbaik tetapi masih menunaikan tanggong jawab sebagai Sahabat dan Ibu kepada anak anak, MasyAllah 1 dlm sejuta….

diannese_ – Arwh sangat baik , dulu arwh berkawan dengan my late mom . Selalu berkongsi cerita suka dan duka n my late mom suka memasak . Selalu datang umah i dekat putrajaya . Now 2 2 dapat berjumpa di alam sana . Alfatihah (dengan bacaan) i miss my mum and arwh

Instagram Chef Wan, Info Meecks / HIBURAN ALL HMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*