Satu Lagi Kluster Dikesan Yang Melibatkan Sehingga 10 Orang Positif Di Satu Pusat Beli Belah

Menerusi sidang media perkembangan Covid-19 hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah dikenalpasti.

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 7 Mei 2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 10 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jngkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan Covd-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat.

Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatf dan 79 orang masih menunggu keputusan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini.

Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk saringan dan pendidikan kesihatan telah diberikan.

KKM Sahkan 39 Kes Baharu Termasuk 1 Kes Import Dilaporkan, Tiada Kematiian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 39 kes baharu Covd-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat Khamis (7 Mei 2020), jam 12 tengahari bertambah kepada 6,467 kes.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Perkembangan Covd-19 yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, terdapat 1 kes import dikesan.

Selain daripada itu, KKM melaporkan bahawa sebanyak 19 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 8 kes yang lain dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tiada kematiian dilaporkan untuk hari ini.

KKM, HMT Press

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*