Semakin Terkenal. Saudara dan Rakan-rakan Yang Lama Hilang Telefon Balik Cari Pavithra. Ini Respon Beliau

Nama youtuber Sugu Pavithra sedang melonjak naik ketika ini.Berkongsi video-video masakan santai tanpa suntingan profesional, tempoh PKP menjadi permulaan transformasi dapur rumah mereka sebagai sumber pendapatan.

Sejak membuat keputusan berhenti kerja di estet, M. Sugu, 29, kini menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kandungan YouTube Sugu Pavithra. Daripada seorang pekerja ladang kelapa sawit yang melakukan kerja-kerja memotong buah kepada duo fenomena YouTube. Kehidupan mereka benar-benar berubah.

Pendidikan terhenti di tingkatan 2

Lebih tiga tahun Sugu menyara keluarganya dengan membantlng tulang di estet. Pendidikan pula terhenti setakat di tingkatan 2. Banyak pekerjaan pernah dibuat termasuk sebagai tukang cuci di Singapura.

Bapa kepada dua anak lelaki itu kini membantu merakam video aksi isterinya memasak. Ditanya perancangan akan datang selain perkongsian video di YouTube, Sugu realistik untuk menumpukan sepenuhnya terhadap YouTube. Perniagaan berasaskan makanan juga menjadi pertimbangan terdekat.

‚ÄúKami belum berminat untuk keluar TV. Bukan s0mbong tapi selesa dengan cara begini,‚ÄĚtegas Sugu.

Utama privasi

Isu penetapan harga sehingga RM10,000 untuk muncul di program TV yang tular baru-baru ini menjadi perbualan hngat netizen. Majoriti menyebelahi pendirian pasangan suami isteri ini. Mereka akui populariti yang diraih sekarang perlu dimanfaatkan sehabis baik. Bagaimanapun ada had yang enggan dilangkaui, terutama Sugu.

Sebagai ketua keluarga, Sugu mahu melindungi privasi famili. Liputan media berlebihan kurang disenangi meskipun kebanyakan tawaran yang datang bukan calang-calang. Program-program TV berlumba-lumba mahu menjemput mereka. Ia ditolak baik Sugu yang lebih mengutamakan kesederhanaan berbanding glamor.

Pendirian Sugu ketara selepas beberapa jam sesi fotografi dan temu bual Pepatung bersama mereka selesai. Foto di sebalik tabir yang dimuatnaik jurusolek dan penata gaya di laman Instagram peribadi masing-masing ditularkan netizen dalam tempoh yang singkat.

Belum pun menjelang petang, Sugu dihujani panggilan telefon daripada wartawan yang inginkan kepastian berhubung transformasi Pavithra yang ditatarias anggun. Semestinya situasi tersebut mersahkan Sugu yang tidak selesa dihubungi media tanpa henti.

Seorang lelaki yang berhenti kerja di ladang kelapa sawit, telefonnya kini menerima panggilan tidak dikenali saban hari. Sugu layak untuk panlk dan berasa kurang senang. Penerimaan dan kefahaman terhadap perhatian mega masyarakat terhadap dia dan isteri masih belum dicerna secara total.

Sugu ada sebab tersendiri untuk melindungi prlvasi Pavithra. Seorang suami yang hanya mahukan keselamatan isteri terjamin. Sebagai orang luar, memadai untuk kita mengagumi semangat mereka di layar YouTube.

Tak kisah kalau esok lusa tak lagi popular

Boleh dilihat ketegasan Sugu dalam mengatur jadual mereka. Pavithra memberitahu pemikiran, penerimaan dan pemahaman mereka berbeza. Pavithra lebih terbuka dengan pelawaan daripada stesen-stesen TV dan liputan media. Dia faham semua itu dapat memberi manfaat kepada kerja mereka sekarang.

‚ÄúSaya tak ada masaIah untuk keluar TV, tetapi mestilah dengan keizinan suami. Buat masa sekarang dia masih tak benarkan. Jadi saya ikut sahaja yang terbaik. Kami pun masih baru dalam bidang ini. Banyak lagi perlu belajar,‚Ä̬†lembut Pavithra menutur kata.

“Dulu kita mlskin dan orang anggap kita akan selama-lamanya hidup sus4h. Bila senang sedikit, ada juga orang tak suka. Sindlran seperti sekarang lupa dirilah dan tak sabar tengok kejtuhan kami pun ada.

‚ÄúKami tak kisah pun kalau esok lusa tak lagi popular atau YouTube tak lagi mampu beri pendapatan. Kami memang asalnya sus4h, jadi kalau sus4h semula tak akan mematahkan semangat,‚Ä̬†luah Pavithra.

Terima kritlkan

Pavithra juga mendedahkan sejak menjadi tumpuan masyarakat, dia menerima panggilan daripada saudara-mara dan rakan-rakan yang telah menghiIang sejak bertahun-tahun. Semua disambut baik Pavithra tanpa prasangka.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu turut menyatakan keterujaan setiap kali membaca komen-komen membina di video-video YouTube-nya. Komen-komen yang mengkrltik dan ksar juga diterima dengan hati terbuka.

Di awal pembabitan sebagai YouTuber, Pavithra mengakui terkesan dengan komen-komen negatlf netizen. Terngiang-ngiang sehingga terbawa-bawa dalam tidur. Susah untuk melelapkan mata dan tidak dapat menerima kata-kata k3sat yang ditinggalkan segelintir individu.

Cabaran sebegitu menguatkan tekad Pavithra untuk menghasilkan video-video yang lebih baik. Hampir setiap hari Pavithra dan suami akan menyediakan sekurang-kurangnya satu video. Idea resipi kebiasaannya berdasarkan perkongsian dengan ibu mentua dan daripada video-video YouTuber lain.

Keunikan video Pavithra adalah apa yang dimasak dan ditunjukkan kepada penonton adalah percubaan kali pertama. Setakat ini semua masakan yang dihasilkan menjadi, cuma rasa sahaja yang adakalanya kurang menepati selera.

‚ÄúTapi rasa pedas, masin, manis, masam itu semua kita boleh betulkan. Penonton pun boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing,‚Ä̬†tambah Pavithra.

Seperti kebanyakan wanita lain, skil memasak Pavithra hanya benar-benar diperhebatkan selepas mendirikan rumah tangga. Sebelum itu, dia sekadar memasak juadah ringkas seperti telur goreng dan sardin.

Apabila bersuami pada umur 21, Pavithra banyak belajar memasak dengan ibu mentua. Dalam tempoh lapan tahun, siapa sangka dengan video masakan, dia menjadi popular.

Pendapatan pertama yang diperolehi daripada YouTube dibelanjakan dengan membeli pakaian baru untuk anak-anak, barang-barang keperluan rumah dan bahan-bahan masakan yang selama ini sangat jarang dibeli seperti udang dan sotong.

Pasangan suami isteri ini juga merancang membeli rumah dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

PEPATUNG / UTUSAN RIMBA

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*