‘Saya Bersumpah Untuk Jaga Rakyat dan Negeri Saya’ Ini Amaran Sultan Ibrahim Kepada Ahli Politik

NEGERI JOHOR: Jika sebelum ini Pengerusi parti AMANAH Johor mengatakan bahawa mereka (Pakatan Harapan) mempunyai kerusi bagi menguasai kembali kerajaan negeri Johor. Hari ini Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran kepada seluruh ahli politik untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika berlaku perebutan kuasa.

Perkara ini dimuat naik oleh Sultan Iskandar sendiri melalui akaun rasmi media sosial facebook baginda. Dalam tulisannya mengatakan bahawa baginda amat kecewa dengan kemelut politik yang sedang terjadi di Johor sekarang.

Tulisnya: Apabila ada diantara pemimpin (ahli politik) yang gila kuasa dan terus berebut jawatan untuk kepentingan diri sendiri, sedangkan rakyat kini dalam keadaan yang susah, mereka ini (ahli politik) langsung tidak pedulikan nasib rakyat dan sanggup menambah duka dan derita rakyat.

‚ÄúSaya tidak mampu atau boleh melihat keadaan rakyat saya menderi, dan saya tidak akan membiarkan negeri saya dikucar-kacirkan oleh ahli politik. Saya bersumpah akan menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa‚ÄĚ

Sekiranya berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat, maka Sultan Ibrahim Iskandar bertitah untuk membubarkan Dewan Negeri Johor dengan serta merta.

Jadi baginda akan membiarkan sendiri rakyat untuk memilih wakil rakyat atau ahli politik yang mereka inginkan. Baginda juga berharap agar pemimpin yang bakal dipilih itu benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat dan negeri Johor, bukan untuk parti dan diri mereka sendiri.

AMARAN BUAT WAKIL RAKYAT DARIPADA DYMM SULTAN JOHORSaya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Tuesday, June 2, 2020

RENTASKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*