(Terkini) Muatnaik Gambar Sedang Memancing, Status DS Najib Razak Di Facebook Curi Tumpuan Warganet

Nama Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak, sudah tidak asing lagi meniti di bibir rakyat.

Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Najib dilihat lebih aktif mendekati warganet di media sosial, Facebook.

Digelar ‘bapa troll kebangsaan’ oleh pengikutnya, status berbau sindiran membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh beliau sentiasa meraih ribuan ‘like’ dan ‘share’ dalam hanya masa beberapa minit dimuatnaik.

Kalah cerita kat Netflix.

Belum habis lagi tu. Korang tengok ah. Kalah cerita kat Netflix.Saya cari ketenangan dulu.Pape roger.

Posted by Najib Razak on Monday, February 24, 2020

Terbaharu, Najib dalam status ringkas penuh sinis meminta semua rakyat Malaysia untuk menonton ‘drama’ yang kini berlaku di dalam kerajaan PH sementara beliau mencari ketenangan dengan memancing.

”Belum habis lagi tu. Korang tengok ah.

Kalah cerita kat Netflix.

Saya cari ketenangan dulu.

Pape roger.”

Seperti kebiasaannya, status tersebut menjadi perbualan dalam kalangan netizen yang mengakui terhibur dengan ‘gurauan’ beliau.

Mendapat 64k like dalam tempoh satu jam, nampaknya kepopularan Najib di media sosial tidak dapat disangal lagi.

Lebam jari dengan emoji gelak di setiap status Dato

Hanya yang ‘kaya jiwa’ boleh bersantai

Banyak ikan besar dalam kolam tu

Beribu bintang di langitKini menghilangMeraba aku dalam kelamRembulan mengambangKini makin suramPudar ilhamku tanpa arah

Posted by Najib Razak on Monday, February 24, 2020

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156770663720952/

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Kredit: Najib Razak via Kini Allnws

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*