Saya Nak Jemput PM Ke Rumah Rasa Nasi Briyani Kambing, Ayam Masak Merah – Sugu Pavithra

“PERKARA pertama yang ingin dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat adalah menjemput Perdana Menteri ke rumah untuk merasai masakan kami,” kata S Pavithra, 28.

Pavithra berkata, dia dan suami M Sugu, 29 akan mencari jalan untuk menghantar jemputan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berharap impian mereka menjadi kenyataan.

Jemput PM datang rumah

“Saya tahu agak mustahil Perdana Menteri akan datang kerana saya hanya orang biasa, tetapi saya berhasrat memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk beliau.

“Isnin lalu, saya sudah menerima hadiah daripada beliau, hanya ini saya boleh lakukan (menjemput Perdana Menteri ke rumah) dan saya harap kami dapat bertemu satu hari nanti apabila Malaysia bebas dari Covid-19,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kuarters ladang swasta di Sungai Siput.

Nama pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ itu mula mendapat perhatian selepas memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu.

Video itu berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.

Dapat hadiah dari PM

Malah, ia turut menarik perhatian Perdana Menteri yang menghadiahkan tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak kepada mereka.

Ibu kepada dua anak ini berkata, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu, sejak itu dia memuat naik demonstrasi masakan dan sehingga kini sudah mempunyai 473,000 peminat.

“Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya.

Peroleh AS$2000 bulan lalu

“Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” katanya.

SUNGAI SIPUT, 8 Mei — Youtuber Masakan, S.Pavithra,28,(kanan) bersama suaminya M.Sugu,29 ceria ketika merakamkan video masakan menu Nasi Beriani untuk dimuat naik di saluran masakannya yang diisi dengan pelbagai menu dalam pertuturan bahasa Melayu yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia di kuarters Ladang Ephil semalam.
S.Pavithra,28, dan suaminya M.Sugu,29, yang baru berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu kini telah mempunyai seramai 160,000 subscriber dan secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube atau ‘YouTube Partner’.
Lebih membanggakan, pasangan itu yang tinggal di kuaters sebuah ladang kelapa sawit di sini boleh menarik nafas lega kerana sebagai Rakan YouTube, mereka mampu memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut mata wang Dolar Amerika.
— fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SUNGAI SIPUT, 8 Mei — Youtuber Masakan, S.Pavithra,28,(kanan) bersama suaminya M.Sugu,29 ceria ketika merakamkan video masakan menu Nasi Beriani untuk dimuat naik di saluran masakannya yang diisi dengan pelbagai menu dalam pertuturan bahasa Melayu yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia di kuarters Ladang Ephil semalam. Foto: BERNAMA
Menurutnya, banyak cara untuk membaiki taraf kehidupan dan ia bergantung kepada keinginan dan kerja keras.

Untuk Aidilfitri ini, Pavithra yang amat fasih berbahasa Melayu berkata, dia merancang untuk memasak dan mengagihkannya kepada komuniti di kuarters ladang berkenaan.

“Perdana Menteri juga mengingatkan saya supaya memasak dan berkongsi dengan jiran. Saya akan menggunakan semua bahan yang diberikan beliau untuk memasak hidangan ringkas dan menyumbang kembali kepada jiran ketika Aidilfitri.

Pavithra berkata, dia juga akan belajar membuat kek, pastri serta pencuci mulut menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dihadiahkan Muhyiddin.

“Saya biasanya memasak makanan tradisional, tetapi kali ini saya cabar diri untuk belajar masakan baru, saya pernah membuat kek sebelum ini tetapi tidak menjadi menyebabkan saya putus asa,” katanya.

“Kami hanya orang biasa,.” – Sugu Pavithra Terima ‘Kejutan’ daripada PM

TERDAHULU, Siapa sangka, kejayaan channel masakan di Youtube yang diusahakan pasangan suami isteri Sugu Pavithra bukan sahaja mencuri perhatian rakyat seluruh negara tetapi turut mendapat perhatian daripada perdana menteri kita sendiri.

Dalam satu muatnaik di laman di media sosial oleh agensi berita Bernama, mereka berkongsikan satu hantaran yang menunjukkan hadiah berserta kad ucapan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat pasangan itu.

Terima hadiah daripada PM

“KAMI hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri, terima kasih,” demikian dikongsi pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra.’

S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lalu, antaranya tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Menurut Pavithra yang tinggal di kuarters ladang swasta di Sungai Siput, mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan ia diabadikan dalam bingkai gambar.

Ucapan pada kad itu yang bertulis tangan dan dikongsikan kepada Bernama tertera:

“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home” (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

Well done Pavithra! Thank you Tan Sri PM for taking the time to wish her 🙏🏼

Posted by Rajasekaran Thiyagarajan on Friday, May 15, 2020

“Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh, hari ini.

Pavithra yang berasal dari Buntong di sini berkata, dia dan suami menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika ‘live’, namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan.

“Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdana Menteri,” katanya.

Posted by Bernama TV on Friday, May 15, 2020

Posted by Bernama TV on Friday, May 15, 2020

Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Katanya, selepas memuat naik rakaman temu ramah bersama Bernama semasa Hari Wesak pada 7 Mei lalu, jumlah pelanggan YouTube ‘Sugu Pavithra’ terus melonjak daripada 160,000 kepada 441,000 setakat 10.30 pagi ini.

Selain itu, ibu kepada dua anak itu juga mengakui ‘agak sibuk’ melayan sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari sama ada untuk temu ramah atau menghantar barangan berupa bahan makanan mahupun perkakasan elektrik.

Tambat hati masyarakat

Pasangan suami isteri itu sebelum ini berjaya menambat hati masyarakat berbilang kaum di negara kita dengan video masakan dan perkongsian resipi yang dibuat di channel YouTube mereka.

Walaupun hanya menggunakan kamera telefon pintar dan tidak menggunakan peralatan profesional seperti kebanyakan Youtuber lain, namun mereka masih berjaya memikat hati para penonton dengan kepetahan berbahasa Melayu dan perkongsian masakan tradisional masyarakat India.

Bukan saja menjadi fenomena buat rakyat tempatan, namun resipinya sebelum ini turut mencuri apabila ia dijadikan panduan oleh pasangan vlogger dari Jepun yang menghasilkan kari menggunakan perkongsian yang telah dimuat naik Sugu di channelnya.

Dengan jumlah tontonan yang tinggi dan jumlah subsriber yang kini mencecah ratusan ribu pengguna, Sugu telah berjaya memperoleh bayaran daripada Google dan kisahnya itu terus menerus mendapat liputan dari pihak media.

Harian Metro Via Hiburan All HMT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*