“Saya Pakai Coli, Cuma Bukan Jenis Biasa”

Baru-baru ini nama Jasmine Suraya menjadi bualan hangat netizen apabila pelakon itu berkongsikan fotonya tampil seksi dengan menggayakan jaket putih yang menampakkan bahagian lurah dadanya.

Rata-rata netizen mempersoalkan imej Jasmine itu yang dikatakan sangat berani kerana menampakkan dirinya seolah-olah tidak mengenakan pakaian dalam. Malah, gambar itu juga mengundang komen-komen nakal daripada lelaki miang.

Mengulas mengenai permakaiannya itu, Jasmine berkata ramai yang salah faham dan menjelaskan dia mengenakan pakaian dalam ketika itu cuma bukan jenis biasa.

Ujarnya lagi, dia tidak menyangka gambar yang dikongsikannya itu akan menimbulkan kekecohan. Kata Jasmine, dia memahami sensitiviti masyarakat dalam hal berpakaian dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Orang salah faham… Saya pakai coli ketika menggayakan baju itu, cuma ia bukan jenis biasa.

“Sebenarnya saya takut nak memberikan sebarang reaksi kerana bimbang disalah tafsir atau seolah-oleh cuba mempertahankan diri. Saya pun tak sangka gambar busana pereka itu akan menjadi kecoh seperti ini, sampai ada yang salah faham.

“Bagi saya bab (seksi) seperti ini sangat sensitif dan saya pun mahu menjaga perasaan masyarakat. Memang ramai yang tinggalkan komen, tetapi apa pun tanggapan sesetengah pihak, saya tak boleh halang. Terpulang kepada persepsi masing-masing,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: Berita harian/roti kaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*