Mahu Kurangkan Beban Kewangan Kerajaan, PM Muhyiddin Yassin Rela Gajinya Dipotong

” Semua ahli jemaah Kabinet sedar bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan situasi tidak baik. MsaIah tersebut turut dibeb4ni dengan penuIaran wab4k C0vid-19 yang telah berlarutan sehingga kini. Ini telah memberi impak besar kepada negara,”

Demikian kata-kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengakui ekonomi semasa negara tidak berada dalam keadaan baik atas beberapa faktor.

Justeru, Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan untuk menjadi anggota kabinet pertama yang dipotong gajinya bagi mengurangkan beb4n kewangan kerajaan.

Luahnya, walaupun soal pemotongan gaji tidak dibincangkan pada mesyuarat pertama kabinet kerajaan Perikatan Nasional hari ini, beliau bersedia untuk berbuat demikian.

” Saya sedia gaji saya dipotong lima peratus, atau 10 peratus.

” Kami tidak membincangkannya hari ini (dalam mesyuarat), jadi jangan pre-empt,” katanya sambil menambah cadangan pemotongan gaji itu juga akan dapat menjimatkan beberapa juta ringgit.

Arah isytihar harta

Sementara itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut mengarahkan semua anggota jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib mengisytiharkan harta masing-masing dan diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat sulung kabinet yang dipengerusikannya hari ini, Muhyiddin juga mengingatkan mereka mengenai komitmen untuk membanteras rasuah.

” Kita akan serahkan kertas aku janji untuk komitmen pimpinan dalam kerajaan bagi menentukan tahap integriti kerajaan berada di tahap paling tinggi.

” Kedua, saya juga beritahu semua anggota kabinet untuk isytihar harta mereka dan borang akan diedarkan kemudian.

” Kita juga minta tempoh sebulan diserahkan kepada SPRM,” katanya di Putrajaya sambil menambah borang pengisytiharan itu akan diedarkan dan diserah seperti yang diamalkan pentadbiran kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lalu.

Dalam pada itu, mengulas projek semasa kerajaan PH sebelum ini, Muhyiddin berkata beliau akan mengkajinya terlebih dulu, termasuk gesaan beberapa pihak untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

” Biasanya kita akan teruskan tetapi apa pun kita akan bincang terlebih dahulu,” katanya.

Eknomi dalam situasi tak baik

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin juga berkata kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi bagi mencari jalan penyelesaian terhadap situasi negara ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

Beliau yang juga anggota parlimen Pagoh berkata mesyuarat majlis tersebut akan diadakan secara mingguan mulai Isnin depan dan keputusannya pula akan dibentangkan kepada kabinet pada Rabu.

Majlis tersebut akan dipengerusikan oleh saya dan bersama-sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed,” katanya.

Tambah Muhyiddin, beberapa pakar termasuk Gabenor Bank Negara akan dilantik untuk menyertai majlis itu bagi membantu kerajaan menyelesaikan msaIah berkenaan.

Mereka akan dihubungi dalam masa terdekat,” katanya sambil menyatakan harga minyak yang jatuh ke paras AS$30 setong memberi kesan tambahan kepada dana kerajaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Malaysiakini

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*