‘Saya Tak GiIa Lah Nak Aibkan 0rang, Bukan Saya TuIarkan’ – Cikgu S Akhirnya Buka MuIut

Guru wanita berusia 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu S itu memohon insiden itu tidak dipanjangkan kerana salah faham berkenaan sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak berkaitan.

Menjelaskan insiden terbabit, Cikgu S berkata, rakaman video itu dibuat ketika sesi pendidikan kesihatan tahun satu di sekolah rendah di utara tanah air, pagi semalam.

Katanya, pada 7.40 hingga 8.10 pagi semalam, dia masuk kelas tahun satu untuk mengajar pendidikan kesihatan menyentuh topik peranan ahli keluarga.

“ SAYA tidak giIa untuk 4ibkan orang macam tu sekali, demi Allah saya cuma kongsikan rakaman video itu hanya kepada ibu murid terbabit saja sebagai guru kelas yang prihatin untuk memberitahu perihal anaknya dalam kelas.

“ Mungkin memang salah saya sebab rakam video itu, tetapi bukan saya tularkan, jadi saya mohon hentikanlah menularkan video itu dan menge-cam dengan pelbagai tuduhan paIsu kerana kejadian sebenar tidak seperti apa difikirkan,” kata guru yang dike-cam kerana pengakuan seorang murid tentang kemahiran bapanya memasak air ketum dalam sebuah sesi pembelajaran di kelas.

“ Segala-galanya sudah diselesaikan secara baik pagi tadi apabila saya bertemu dengan ibu bapa murid itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“ Saya sudah membuat Iaporan bertulis dan ditandatangani kedua-dua ibu bapa murid itu, malah mereka terbuka tidak mahu membesarkan perkara ini.

“ Saya tidak mahu membuat laporan p0Iis kerana tuduhan palsu dilemparkan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“ Ada sesi perbincangan dan beberapa soal jawab bersama saya dan murid antaranya saya bertanya selain mak, siapa lagi dalam ahli keluarga murid saya yang pandai masak?

“ Saya tergelak dan tidak menyangka murid yang tular ini teruja dan terus angkat tangan menjawab bapanya masak air ketum tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana kanak-kanak ini naif dia tidak mengetahui ketum itu bukan sesuatu yang elok,” katanya.

Katanya, dia sekali lagi bertanyakan soalan itu dan merakamkan jawapan sama diberikan kanak-kanak itu sebelum berkongsikannya kepada ibu murid terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

“ Saya hendak jelaskan, kejadian sebenar murid dalam kelas itu bukan mentertawakan jawapan kanak-kanak itu, tetapi mereka ketawa kerana geli hati melihat gelagat saya yang selama ini memang sukar ketawa sampai hendak terkeluar air mata.

“ Malah, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa dan murid dalam kelas itu pun tidak tahu apa itu ketum.

“ Selepas tamat sesi pembelajaran itu, saya hantarkan video terbabit kepada ibunya sebelum wanita itu cuma membalasnya sebagai satu bahan jenaka,” katanya.

Menurut Cikgu S, dia terperanjat apabila ibu murid terbabit menghubunginya pada malam tadi mendakwa video terbabit tular.

“ Penularan video itu menjadi tanda tanya antara saya dan ibu murid terbabit kerana saya hanya kongsikan kepadanya, malah dia mengaku tidak menularkan video terbabit.

“ Saya amat kesal dengan individu yang menularkan video itu tanpa usul periksa dan tidak meminta kebenaran serta meletakkan keterangan bukan-bukan yang memfitnah sedangkan niat asal saya mahu ibu bapa murid itu sedar perbuatan itu (jika dilakukan) satu kesalahan dan saya ambil berat tidak mahu anak murid saya yang masih kecil ini rosak.

“ Saya anggap ini cabaran sebagai seorang pendidik dan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berwaspada di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam sebuah kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

Ia mendapat ke-caman pelbagai pihak dengan ada antaranya menyifatkan penularan video terbabit menjejaskan psikologi kanak-kanak itu.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*