Merah Padam Muka Fazley Ada Makcik Dtg Tuding Jari, BiIa Ajak SeIfie Sekali Dia Jawab ‘Saya Tak Minat Artis Ni’

” Datuk FazIey bukan jenis kekwat okay.. 2 3 kali jumpa kat event. makcik-makcik nak bgambar pun datuk layan je ngan sopan, paling sy suka tak lekang dengan senyuman. Ni la salah 1 kunci datuk murah rezeki”

Itu komen netizen yang memuji sikap peramah penyanyi dan cef selebriti Datuk FazIey Yaakob yang sentiasa murah dengan senyuman dan tidak lokek untuk meluangkan masa sekiranya peminat ajak bergambar.

Namun tidak sangka kadang-kadang bila selebriti jenis peramah atau cuba beri kerjasama sekiranya perasan ada peminat cuba mendekati, ada pula yang tidak tahu bezakan dan menganggap artis tersebut syok sendiri.

Hal yang sama berlaku apabila Datuk FazIey Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghormati privasi artis sebagai manusia biasa.

FazIey berkata, dia melalui kejadian memalukan apabila terdapat sebuah keluarga yang mengambil gambarnya dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi sambil berteriak tentang kewujudan ‘artis’ kepada ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, FazIey berkata, dia cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie selepas berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan.

FazIey berkongsi rasa kesal melalui muat naik di Instagram.

” Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang. Tiba-tiba ada satu keluarga datang depan-depan, tuding-tuding, eh artis kan dia?

” Saya senyum… lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, curi-curi ambil gambar. Kemudian ada ahli keluarga dia datang jerit kuat-kuat wei ada artislah.

” Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab,” ujarnya.

FazIey meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

FazIey menambah, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan menolak untuk berselfie sebaliknya menyatakan dia tidak berminat dengan golongan selebriti.

” Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat ya?

” Sebenarnya saya offer nak ambil gambar dengan makcik tu. Saya cakap jomlah, saya pegangkan kamera, kita selfie. Tahu apa dia jawab?

” Maaf ya FazIey, saya tak minat artis-artis ni. Haha… luah m4ti mak, telan m4ti bapa jadinya,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman mereka ketika terserempak dengan FazIey. Seorang netizen berkongsi kisah beliau disapa FazIey ketika sedang bekerja.

” Memang kenal sangat dengan Dato sebab pernah duduk The Gardens Hotel.. Masa tu dengan family, friendly sangat. Even Dato tak kenal kitorang kat Reception counter, tapi Dato tetap sapa kitorang..”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*