Baru Masuk Universiti 8 Hari Dah Kena Kecam Sebab Masak Mi Segera DaIam BaIdi. Ada PuIa Yang Kaitkan Dengan Negeri KeIantan

BAGI mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama, aktiviti makan mi segera bersama rakan-rakan bukanlah satu perkara yang asing lagi.

Bagaikan menjadi suatu kelaziman, ada pula yang bertindak esk-trem dengan memasak mi segera dalam kuantiti banyak dengan menggunakan baldi.

Begitu juga yang telah dilakukan oleh seorang pelajar ini bersama tujuh lagi rakan sebiliknya pada Khamis pagi sebelum berkongsi rakaman itu di laman Twitter.

Sekadar suka-suka memuat naik video itu, Muhammad Musafir Kelana, 18, bagaimanapun tidak menyangka dia akan menerima pelbagai ke-caman.

“ Saya baru lapan hari mendaftar sebagai pelajar. Hari tu kami cuti, jadi kami masak 10 bungkus mi segera untuk lapan orang dalam baldi.

“ Saya kongsi video di Twitter, tak sangka orang ke-cam. Saya faham kenapa mereka ke-cam. Kalau saya jumpa baldi yang berkerak pun saya tak akan makan.

“ Tapi kami guna baldi baharu. Memang tak sempat guna untuk cuci baju lagi sebab baru masuk asrama,” ujar penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor itu.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia yang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal turut dilemparkan dengan komen kasar berhubung video berkenaan.

Jelasnya, dia tidak kisah dengan kecaman yang diterima, namun menasihati orang di luar sana agar menjaga adab dan tidak bermain dengan sentimen kenegerian.

Muhammad bersama rakan-rakan sebiliknya.

“ Masa sekolah menengah, lima tahun saya duduk asrama. Jadi saya dah biasa. Saya gelak je baca komen, mungkin mereka geng-geng makan atas pinggan seramik 24 jam.

“ Saya faham, lain orang, lain cara membesar. Pesanan saya, nak jdge atau sampaikan krltlkan tu, biarlah beradab. Ada yang main sentimen negeri. Saya asal dari Kelantan, dia kata patutlah pengotor.

“ Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Muhammad juga hairan bagaimana video mi segera itu berjaya mengumpul lebih sejuta tontonan sejak ia dikongsi di Twitter.

Namun katanya, dia melihat apa yang berlaku dari sudut positif dan mengakui langsung tidak terkesan dengan segala komen yang dilemparkan.

Sumber : MSTAR ONLINE

KREDIT: AWAT SYEIKH NETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*