Sayu. Bila Ayah Sudah Negatif Covid-19, Dua Hari Tunggu Anak Tak Datang Jemput Dan Macam Macam Alasan. Akhrnya MennggaI Dnia

Tanggungjawab menjaga ibu bapa terutamanya apabila mereka menjengah ke usia senja perlu digalas sebaiknya oleh anak-anak. Oleh itu, selagi hayat dikandung badan, berbaktilah sebanyak yang mungkin sebelum terlambat.

Perkongsian oleh seorang jururawat, Che Suriani Che Saufi di Facebook mengenai salah seorang pesakit suspek Covid-19 yang dirawatnya ternyata membuatkan ramai yang merasa hiba.

Difahamkan, pesakit tersebut, seorang warga emas lelaki, dibenarkan pulang setelah ujian swab yang dijalankan menunjukkan beliau negatif jangkitan.

Namun, anak-anak pesakit yang dihubungi memberikan pelbagai alasan untuk menjemput ayah mereka pulang sehinggalah warga emas itu menemui ajal seorang diri di hospital, dua hari kemudian.

Lebih meruntun hati, kata Suriani, arwah hari-hari bertanya sama ada terdapat panggilan daripada anak-anaknya. Sebak!

Patient sepatutnya discharge dua hari lalu meninggal dunia

Something bad to share today..

Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.

Call anak, bini jawab suami tengah terawih

Call relative (anak lelaki), cakap tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja.

Call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah tarawikh, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.

Doktor terpaksa ugut nak report polis sehingga patient menemui ajal

Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tapi still tak ada feedback.. So terpaksa tunggu plan doctor. Sekali petang, ajal patient tiba.. 

So bila kita call relative beritahu ayah diorang dah tak ada, tiba-tiba tiga orang anak boleh je datang serentak cepat-cepat..

Arwah hari-hari tanya anak..

Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tak ada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak diorang ada call ke tak..

Come on Malaysian… Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan..

Ketika dihubungi, Suriani berkata kisah yang dikongsikan ini tiada niat lain sekadar untuk menjadi pengjaran pada diri sendiri dan orang lain.

Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan terima kasih diucapkan kepada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus memerangi wabak Covid-19.

Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*