Sebab Rindu, DS Najib Razak Buat ‘Video Call’. Syukur Masih Dapat Lihat Wajah Ibu

Sejak tempoh PKP dilanjutkan, kebanyakkan daripada kita terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke kampung untuk menziarahi kedua ibu dan bapa.

Sudah semestinya kerinduan mula terbit di hati, lebih-lebih lagi bulan Ramadan hampir tiba. Begitu juga dengan apa yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Terubat rindu pada ibu

Tadi saya buat video call dengan bonda.

Mengubat rindu. Alhamdulillah semua ok.

Sebagai anak-anak kita risau juga dengan ibu bapa, saudara mara.

Lebih-lebih lagi mereka yang dah berumur kerana risiko jangkitan Covid-19 lebih tinggi.

Guys.

Yang tidak berada bersama ahli keluarga time PKP ni.

Walaupun tidak berkesempatan balik kampung.

Selalu call ibu bapa, saudara mara kat kampung. Tanya khabar.

Amat bermakna bagi mereka.

Sama-sama kita doakan semua sihat sejahtera.

Tadi saya buat video call dengan bonda.Mengubat rindu. Alhamdulillah semua ok.Sebagai anak-anak kita risau juga…

Posted by Najib Razak on Friday, April 17, 2020

Menerusi Facebook, Najib Razak telah berkongsi foto screen shot panggilan video bersama ibu tercinta, Tun Rahah binti Mohamed Noah.

Di dalam hantarannya itu, beliau menyatakan kerisauan mengenai ibunya yang telah berusia, memandangkan Malaysia kini berdepan risik0 jngkitan Coviid-19.

Beruntung DS masih boleh bermanja dengan ibu

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan terubat sedikit kerinduan selepas dapat melihat keadaan ibu, meskipun hanya menerusi panggilan video.

Semoga bonda DS dilindungi Allah

Moga Tun Rahah sentiasa sihat

Dalam pada itu, rata-rata netizen terharu melihat kemesraan antara Najib Razak dan juga ibunya. Ramai mendoakan agar Tun Rahah sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.

Datuk Seri Najib Razak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*