Sebak. Ketika Hntar Bantuan, Ibu Tunggal Cuma Ada Tepung, Sudah Berapa Hari Hidang Cucur Saja Untuk Anaknya

Sikap sekumpulan penghantar makanan yang wajar dipuji susulan inisiatif mereka menyampaikan sumbangan orang ramai dalam bentuk makanan kepada gelandangan dan isi rumah memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun mampu peroleh pendapatan mencecah RM100 dalam masa lima jam, namun tempoh itu sebaliknya digunakan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang mampu tanpa mengambil sebarang upah.

Inisiatif terbabit dimulakan Muhammad Nor Farhan Azhari, 33, selepas bapa kepada tiga anak ini terkesan dengan seorang individu meminta bantuan rakan penghantarnya menyampaikan bantuan kepada gelandangan sewaktu PKP fasa pertama.

” Seingat saya, individu itu berikan RM1,500 dan meminta rakan saya beli makanan untuk diagih kepada gelandangan sama ada tiga atau empat kali seminggu memandangkan kami lebih mudah bergerak dalam tempoh PKP.

” Ketika itu, saya juga bantu rakan agihkan makanan terbabit dan kongsikannya di Facebook sebelum lebih ramai tampil mahu turut menyumbang.

” Dari situ saya terfikir untuk teruskan aktiviti ini dan semakin lama semakin banyak sumbangan diterima sehingga kami perluaskan bantuan kepada keluarga miskin pula,” katanya.

Berjam-jam pusing cari gelandangan

Ceritanya lagi, Farhan berkata, setiap kali menghantar untuk gelandangan atau isi rumah, dia dan rakan menghabiskan masa antara dua hingga lima jam bergantung kepada lokasi penghantaran.

Aktiviti itu katanya lebih mudah dilakukan pada peringkat awal khususnya sebelum DBKL menyelamatkan gelandangan di ibu negara bagi mengelak penularan jgkitan Covid-19.

” Sebelum ini, dalam tempoh dua jam saja, kami mampu selesaikan pemberian sumbangan makanan kepada kira-kira 100 gelandangan sebelum kembali bekerja.

” Namun selepas DBKL selamatkan gelandangan ini, berjam-jam juga kami pusing untuk cari gelandangan lain untuk dibantu menyebabkan kami fikir untuk beri kepada keluarga yang mungkin menanti bantuan seumpama ini,” katanya.

Jelas Farhan, kira-kira 60 isi rumah sudah menerima bantuan makanan terbabit setakat ini berupa beras, tepung, gula, kicap, ikan sardin dalam tin, susu, mi segera dan sebagainya.

Menurutnya, selagi ada sumbangan, dia dan enam lagi rakan akan melakukan penyampaian bantuan secara tetap bagi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak terpinggir pada saat negara masih berdepan kemelut penyakit berbahaya.

Insaf tengok keadaan rumah ibu tunggal

” Setakat hari ini tiada lagi sumbangan yang kami terima namun baki sumbangan sebelum ini sudah kami gunakan untuk beli makanan buat kira-kira 10 keluarga dan akan diagihkan secepat mungkin kepada keluarga yang betul-betul memerlukan.

” Banyak perkara yang membuka mata saya apabila melakukan aktiviti sebegini. Antaranya, ada gelandangan yang mempunyai anak sebaya anak saya, saya lihat bagaimana anaknya hanya bermain sendiri di kaki lima tanpa permainan yang biasa kita beli untuk anak kita.

” Ketika saya hantar bantuan ke rumah keluarga kurang mampu, ada ibu tunggal yang sudah beberapa hari sebelum itu cuma hidangkan cucur untuk anaknya disebabkan di rumahnya cuma ada tepung.

” Melihat semua perkara ini menjadikan saya lebih bersyukur dan sentiasa beringat untuk bantu mereka yang dalam kesusahan. Kita tidak tahu giliran kita,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*