Perdana Menteri Pertama Ketuai Bacaan Doa, Rupanya Tan Sri Muhyiddin Yassin Anak Ulama Terkenal Di Tanah Melayu

Sebak mendengar Perdana Menteri mengetuai bacaan doa dua hari lalu meminta kepada Allah melindungi negara kita dari penularan wbak pandemik koronavrus.

Tidak pernah terjadi sebelum ini, mana-mana Perdana Menteri terdahulu yang mengetuai bacaan doa dalam menghadapi musiibah besar seperti ini.

Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sangat tenang berdepan waktu yang sangat sukar ini sebaik beliau dilantik menggantikan Perdana Menteri terdahulu.

Selain mengetahui beliau yang berusia 72 tahun berasal dari Muar, Johor, ramai yang tidak tahu sisi peribadi dirinya yang sangat dikagumi ramai.

Dalam perkongsian di twitter oleh seorang pengguna menggunakan akaun nama @Haitamiyy telah diretweet lebih 19K dan juga lebih 28K menekan butang share.

Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan mennggaI dnia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih.

Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yg merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.

Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu

Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu.

Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi.

Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut>

“Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.” Barokallahufeekum

Beliau memulakan bacaan doa dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan penutup yang sangat indah.

Kredit

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

2 Comments

  1. mmg sedih dn sebak bla dgr PM bca doa..satu pengharapan agar rakyat d beri kesihatan..semoga PM pun sentiasa sihat..aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*