
PENGACARA Roslan Shah memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha Sandha seorang yang berhati mulia.
Menurut Roslan, 49, dia terharu apabila aktres berkenaan sanggup menawarkan diri untuk mencuci najis ibunya yang sedang sakit ketika melawat ke kediamannya di Singapura, baru-baru ini.
āWanita yang bernama Fasha Sandha yang statusnya seorang pelakon popular⦠tidak ramai yang tahu sifat, hati dan caranya. Ini bukan rekaan cerita ya. Allah saja yang tahu dan ini bukan untuk memuji caranya kerana datang ke rumah saya.
āSemasa di bilik ibu saya membuang air besar. Apabila Fasha Sandha tahu ibu saya membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu saya dan nak membantu saya basuh dan menukar pampers. Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja,ā ujarnya.
Katanya, biarpun bukan ahli keluarga, tapi pelakon itu sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor.
Roslan itu memuat naik sebuah entri bercerita mengenai kebaikan Fasha di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Menurut Roslan, dia bagaimanapun tidak mengambil kesempatan di atas keikhlasan pelakon itu sebaliknya lebih selesa menguruskan hal itu sendiri.
Kata Roslan, tindakan Fasha itu bagaimanapun benar-benar memberi kesan kepadanya.
āBagaimanapun saya menghalangnya kerana Fasha Sandha adalah tetamu. Saya dan kakak tercintalah yang menguruskan ibu untuk membersihkan dan menukarkan pampersnya.
āIni bukan membodek atau memuji melambung. Bagi saya inilah wanita yang waktu susah kita nak cari. Tak ramai yang boleh buat,ā tulisnya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber :Ā MSTAR ONLINE
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Leave a Reply