Anak Perempuan Zahid Hamidi Ada Kaitan Dengan Penyebaran Nombor Akaun Balu Arwh Abam. Ini Penjelasan Nurul Hidayah

Pada Jumaat lalu, adik Abam yang juga pelawak iaitu Ali Puteh meluahkan rasa kurang senang apabila Hidayah dikatakan memberikan nombor akaun peribadi dan menerima sumbangan orang ramai.

Bantuan itu seolah-olah mereka sekeluarga tidak mengambil berat mengenai kebajikan balu arwh dan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

Sementara itu, Nurulhidayah berkata, dia ikhlas menghulurkan bantuan tersebut kerana pernah merasai keperitan kehilangan suami dan bergelar balu.

Dalam masa sama, dia turut berpesan kepada Hidayah supaya terus bangkit membina kehidupan tanpa mengharapkan sesiapa.

“ Saya minta rakan-rakan repost nombor akaun balu Abam termasuk pelakon Fizo Omar untuk membantu dia membesarkan si kecil (Hamzah).

“ Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu… salah ke peminat nak bantu juga? D0sa ke?,” katanya menerusi laman Instagram.

“ Lillahitaala ini usaha saya sendiri. Saya tak kenal pun Dayah tapi saya simpati sebab saya pernah rasa jadi balu.

Bersama kapsyen tersebut, turut disertakan paparan skrin perbualannya dengan isteri kepada penyanyi Black iaitu Naquia Yasirah atau Cira di mesej peribadi Instagram.

Dalam perbualan tersebut, Nurulhidayah atau lebih mesra disapa Kak Long meminta Cira mendapatkan nombor akaun bank balu arwh Abam.

“ Pesan dekat Dayah… Move on! Jangan harap sesiapa, buktikan Dayah boleh bangkit!

“ Siapa nak tolong, tolong saja dengan besar hati. Kita tak tahu nasib kita dan anak-anak macam mana nanti,” ujarnya

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Mstar Online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*