Sebelum Ini Dah Z0n Hijau, Kini Kes COVID19 Meningkat KembaIi di Selangor

Selangor kembali mengalami peningkatan dalam kes Covid-19 apabila dua daerah zon hijau iaitu Gombak dan Hulu Langat kembali ke zon kuning selepas merekodkan kes positif baharu.

Pada minggu lalu, negeri ini merekodkan penurunan kes positif yang baik sekali gus menjadikan hampir semua daerahnya berada di zon hijau kecuali Sepang

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di Facebook, Gombak kembali ke zon kuning pada Ahad lalu apabila mukim Cheras mencatatkan satu kes baharu.

Hulu Langat yang sebelum ini merekodkan kes tertinggi memasuki zon kuning apabila satu kes baharu direkodkan di mukim Batu.Sepang pula masih kekal di zon kuning dengan 12 kes aktif.

ā€œ STFC memandang serius laporan yang memaparkan tahap ketidakpatuhan yang mencemaskan dalam kalangan masyarakat. Warga Selangor seharusnya sentiasa peka dan berdisiplin mematuhi normal baru kerana negeri ini pernah mencatatkan kes jangkitan tertinggi di dalam Malaysia satu masa dahulu,ā€ katanya.

Sementara itu, enam daerah yang berada di zon hijau adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Selangor.

Terdapat dua kes baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari semalam iaitu satu kes tempatan dan satu kes luar negara.Sehingga kini, Selangor merekodkan 2,109 kes, 1889 kes sembuh serta 24 kemati-an.Dapatkan bantuan sekiranya anda mengalami gejala COVID-19 dengan menghubungi hospital yang berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

Lepas 4 Kluster Baru Dikesan Baru Baru Ni Terkini Lagi 3 Kluster Baru Covid 19 Pula Dikesan. Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Dari Mana Punca Kluster Kluster Tersebut Dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran Kuala Lumpur dan Kluster Jeti Kuching. Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan, Kluster Rumah Kongsi Sepang memperlihatkan 96 pekerja telah disaring. 2 orang disahkan positf manakala 94 lagi negatif Covid-19.

1 kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Kluster Restoran Kuala Lumpur pula menyaksikan 250 individu telah disaring yang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 orang pelanggan. 2 disahkan positif manakala 248 lagi negatif.

1 kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini dikesan di sebuah restoran di Brickfields, WP Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, Kluster Jeti Kuching pula melibatkan 25 orang nelayan telah disaring. 2 disahkan positif manakala 23 lagi negatif. 1 kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini dikesan di Sarawak. Menurut kenyataan akhbar KKM, ketiga-tiga kluster tersebut masih lagi sedang disiasat.

Hmetro & KKMPutrajaya / AWATTTSYEIKHH NETWORK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*