Sebuah Kapal Peninjau China Dilihat Masuk Perairan Malaysia, Lokasi Rasmi Pencerobohan Tidak Didedahkan

SEBUAH kapal peninjau China dilihat memasuki perairan negara, kira-kira 352 kilometer dari pesisir Malaysia dan Brunei.

Kapal Haiyang Dizhi 8 dilihat berada berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) perairan negara.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zubil Mat Som ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Betul, mereka (kapal China) berada di perairan Malaysia dan tugas kita kekal di kawasan berkenaan dengan memantau pergerakan mereka,” katanya.

Ketika ditanya berhubung lokasi sebenar kapal berkenaan berada, Mohd Zubil bagaimanapun enggan mendedahkan secara rasmi lokasi pencerobohan berkenaan.

“Kita tidak pasti tujuan mereka, tetapi mereka tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang,” katanya.

Kelmarin, kapal berkenaan dikesan berhampiran perairan Vietnam, didakwa cuba ambil kesempatan memperluaskan tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan tatkala dunia bergelut dengan krisis Covid-19.

Sebuah kapal pengawal pantai Malaysia, KM Pekan, mengekori kapal China itu, menurut sumber maritim Malaysia, yang enggan dinamakan kerana sensitiviti perkara itu.

Haiyang Dizhi 8 diapit 7 kapal pengawal pantai China yang sudah berlalu pergi, kata 2 sumber yang tahu tentang perkara itu.

Tentera laut Malaysia sedang mengawasi keadaan itu, kata seorang sumber.

Kementerian Luar Malaysia, Brunei, dan China belum respon ketika diminta mengulas.

Semalam, jurucakap Kementerian Luar China berkata kapal itu menjalankan kegiatan normal dan menuduh pegawai kerajaan AS menggunakan isu Laut China Selatan untuk memburukkan nama Beijing.

Keberadaan Haiyang Dizhi 8 di Laut China Selatan itu ketika kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara mengenakan kawalan pergerakan bagi memperlahankan penularan koronavirus.

Jabatan Negara AS menggesa Beijing tumpu kepada melawan pandemik itu dan “menghentikan eksploitasi pandangan negara lain yang teralih atau kelemahan mereka bagi meluaskan tuntutan tidak sahnya di Laut China Selatan.”

China menuntut kawasan perairan yang luas, termasuk sebahagian besar kawasan yang juga dituntut Malaysia, Vietnam, dan Brunei.

Awal tahun ini, badan pemikir di Washington, Asian Maritime Transparency Initiative (AMTI) berkata China hampir selalu berada di Gugusan Beting Raja Jarum/Gugusan Beting Patinggi Ali, di perairan Sarawak.

Tahun lepas, sekurang-kurangnya sebuah kapal pengawal pantai China berada berminggu-minggu di perairan berdekatan pelantar minyak di blok minyak Vietnam, yang dikendalikan syarikat Rusia, Rosneft, sementara Haiyang Dizhi 8 menjalankan tinjauan yang disyaki penerokaan minyak di EEZ Vietnam.

Menurut laman sesawang Marine Traffic, kapal kajian seismik luar pesisir itu muncul kembali baru-baru ini pada jarak 158 kilometer dari Vietnam, iaitu berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), bersama sebuah kapal pengawal pantai China.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*