Seekor Kucing Muncul Secara Misteri Sejak Hari Pertama Abam ‘Pergi’. Yang Lebih Sebak Bila Kucing Itu Menjadi Peneman Anak Arwh

Meskipun empat hari sudah berlalu, pemergian Abam masih ditangisi oleh ahli keluarga, sahabat malah seluruh rakyat Malaysia.

Pelbagai kisah kebaikan Abam dirungkai selepas pemergiannya dan ternyata insan bernama Syed Umar Mokhtar ini seorang yang hebat.

Terbaru, seorang kenalan Abam yang dikenali sebagai Syuk memuat naik satu gambar di Instagram di mana ada seekor kucing sedang tidur di sebelah anak Abam. Menurut Syuk, kucing itu seolah-olah peneman buat Hamzah.

Arwh nak beli seekor kucing

Menerusi posting Syuk, dia memberitahu hasrat Abam sebelum ini adalah untuk membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana dia telah dijemput ilahi.

Walau bagaimanapun, selepas pemergian Abam, mereka semua seakan tidak percaya apabila seekor kucing yang tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga Abam dan terus tidur disisi Hamzah. Tambah Syuk, sehingga hari ini kucing tersebut masih berada di rumah itu.

Sejak hari pertama

Salah seorang netizen turut berkongsi di mana dia melihat kucing yang sama pada hari pertama arwh Abam men1nggaI dunia.

Pelbagai komen turut ditinggalkan oleh netizen melalui posting tersebut. Mereka menyifatkan kucing yang datang itu merupakan peneman seketika buat anak kecil itu selepas kehilangan seorang ayah.

Contohi ayahmu

Semoga Allah lindungi anak ini

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka juga menyifatkan bahawa kucing yang datang adalah sebagai peneman seketika buat anak kecil itu.

Mereka turut sempat mendoakan agar keluarga allahyarham Abam terus kuat menghadapi ketiadaan insan tersayang dan semoga roh pelawak terkenal itu dicucuri rahmat.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Mohd Syukri via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*