Sekejap Letak Jawatan, Sekejap Nak Jadi PM Semula – Najib Mula Pening Dengan Tun M

Belum lagi reda dengan pandemik Covid-19, nampaknya Malaysia berkemungkinan terpaksa berhadapan sekali lagi dengan krsis politik.

Menerusi laporan berita, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, telah menerima usul undi tidak prcaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susah la macam ni

Isu tersebut sudah semestinya menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Najib Razak, apabila menerusi laman Facebooknya, beliau mengeluarkan pendapat berkenaan usul tidak prcaya PM yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir.

“Sekejap letak jawatan Pengerusi PPBM, sekejap nak jadi Pengerusi PPBM semula…”

Susahlah kalau selalu cam ini.

Sekejap letak jawatan Pengerusi PPBM, sekejap nak jadi Pengerusi PPBM semula.

Sekejap letak jawatan PM, sekejap nak jadi PM semula.

Sekejap sokong Muhyiddin jadi PM, sekejap bantah Muhyiddin jadi PM.

Kita tengah lawan krisis Covid ni. Dah cecah 4 juta orang berjangkit seluruh dunia.

Di dalam entrinya, beliau sempat juga menekankan mengenai masalah Covd-19 yang kini sudah menyerang hampir empat juta orang di seluruh dunia.

Lebih baik Tun rehat jer sekarang

Begitu juga dengan para netizen, rata-ratanya menyifatkan usul tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan ketika negara dalam keadaan krisis melawan wbak pandemik Covd-19.

Difahamkan, Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

Sumber : Najib Razak

Usul undi tidak prcaya, Tun M jangan obses kuasa – Pemerhati politik

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obss terhadap kuasa semata-mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini, iaitu menangai wbak Covd-19.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr. Jeniri Amir menegaskan, rakyat sudah muak dengan permainan politik demi kuasa semata-mata, seterusnya membelakangi keperluan yang sepatutnya diberi perhatian.

Katanya, ia akhirnya mencetuskan ris1iko keti1dakstabilan politik dan menjejaskan pelbagai aspek dalam pentadbiran.

Tambah beliau, usaha untuk membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Dewan Rakyat akan datang sama sekali tidak membantu, sebaliknya hanya merumitkan keadaan untuk memerangi wbak yang penular dalam negara.

“Permainan politik harus diletakkan dibelakangkan, ketepikan, lebih-lebih lagi mereka (Pakatan Harapan) sudah puas berkuasa. Seperti Tun Mahathir tidak perlu terlalu obss dan g1ila kuasa, ketika rakyat mahu melhat kerajaan memberi tumpuan tangani Covd-19 dengan berkesan jadi sekarang sekarang tidak membantu (membuat usul tidak percaya).

“Kita tidak ada waktu berlakunya krisi1s dan ketidakstabilan politik sekali lagi ekoran usul yang dikemukakan,” katanya

Sehubungan itu, beliau berkata, tumpuan dan usaha kerajaan pada waktu ini untuk memastikan Cov1id-19 dapat dibendung dan menyelamatkan rakyat tidak wajar diganggu dengan isu politik yang sepatutnya boleh diketepikan untuk sementara waktu.

“Ahli politik kita ini perlu letak keutamaan yang betul, ini bukan masa yang sesuai untuk bermain politik, kita sedang berdepan dengan perang yang menentukan kita menang atau tidak.

“Bukan sekarang, ini bukan masa yang tepat, tidak sesuai, kita tidak boleh kalah. Jadi jangan diganggu tumpuan kerajaan dalam usaha tangani Covd-19 dengan permainan politik ini,” tambah beliau.

Jeneri berkata demikian sebagai mengulas mengenai surat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membawa usul membuktikan bahawa Dr. Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, sekaligus melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun usul beliau ditolak, manakala usul yang dibawa oleh Tun M yang juga Ahli Parlimen Langkawi pula telah diterima hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari ini dilaporkan berkata usul yang dikemukakan 4 Mei lalu tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Beliau berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Susulan pandemik Covd-19, Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini dijangka akan membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja.

Berikutan itu, tiada sesi pertanyaan jawab lisan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(2) dan 22(5).

Menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai gila kuasa dan ‘mer0yan’ kerana gagal memegang jawatan lebih lama, Jeneri berkata, rakyat berhak mempertikaikan motif yang dibawa Dr. Mahathir kerana ia dilihat konsisten ingin mengetuai pentadbiran negara ini.

Sekiranya Dr. Mahathir tidak mahu berganjak dengan pendiriannya dan masih berkeras untuk kembali menjadi Perdana Menteri, beliau disarankan untuk bersabar sehingga wbak Covd-19 tamat.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu juga dinasihatkan menggunakan pilihan raya akan datang untuk kembali berkuasa.

“Rakyat berhak tanya apa agenda Tun M? Tidak cukupkah dua kali jadi Perdana Menteri, sabar dahulu. Biar masalah yang kita hadapi sekarang berlalu dulu tangani dulu masalah sekarang.

“Tunggu pilihan raya lagi bagus untuk muktamadkan secara tuntas, untuk selesaikan soal kuasa secara tuntas,” menurut Jeneri yang berpendirian sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama sehari itu tidak patut dicemari dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Pada masa sama Jeneri menasihatkan semua ahli politik bijak untuk menentukan keutamaan negara.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac yang lalu selepas Pakatan Harapan (PH) bergolak, sekali gus menjadi titik tolak bermulanya pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Pergolakan dalaman PH yang akhirnya meruntuhkan kerajaan bermula dengan perletakan jawatan Dr. Mahathir pada 24 Febuari lalu

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*