Selepas 3 Hari Hilang Ayahnya Telah Ditemui, Tetapi Dalam Keadaan Yang Menyedihkan. Ini Komen Polis Apa Yang Mereka Temui

WARGA emas yang ditemui rentung dalam kereta Proton Gen2 di Jalan Besar Palong Lapan di Jempol, dipercayai sudah dua hari terbabit kemaalangan sebelum keretanya terbakar semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa, Radzuan Jaklan, 63, dipercayai terbabas ke dalam gaung itu pada Sabtu atau Ahad lalu.

Menurutnya, keadaan gaung sedalam empat hingga lima meter itu menyebabkan kereta mangsa tidak dilihat orang ramai.

“Siasatan polis di lokasi mendapati terdapat kesan kemaalangan lama berdasarkan kepada keadaan rumput dan kesan tayar. Malah, anak mangsa turut memaklumkan dia hilang sejak Sabtu.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan kereta mangsa baru terbakar semalam disebabkan oleh tumpahan minyak dan keadaan cuaca panas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Muhd Nur Hishamuddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

“Kita perlu menunggu keputusan bedah siasat mayat mangsa selain laporan daripada Jabatan Kimia dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis tidak menemui sebarang unsur khianat.

Harian Metro semalam melaporkan, kebimbangan seorang anak terhadap ayah tercinta yang menghilangkan diri selama dua hari akhirnya membawa khabar duka apabila orang tuanya itu ditemui rentung dalam kemalangan, semalam.

Mangsa sebelum itu dilaporkan keluar rumah pada Sabtu dan tidak pulang sehingga anaknya membuat laporan di Balai Polis Ladang Geddes pada keesokan.

PEMANDU kereta yang rentung dalam kemalangan di Jalan Besar Palong Lapan, Jempol, hari ini dikenali sebagai Radzuan Jaklan, 63.

Mayat peneroka FELDA itu dikenal pasti anaknya Nasharuddin, 37, yang datang ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian.

Nasharuddin berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa bapanya itu yang hilang sejak Sabtu lalu.

“Kali terakhir saya bertemu ayah pada malam Jumaat lalu ketika pulang bercuti di kampung. Keesokannya ayah keluar rumah dan tidak pulang semula menyebabkan kami sekeluarga risau.

“Puas saya mencari ayah di merata tempat termasuk mendapatkan bantuan jiran serta rakan selain menghebahkan mengenai kehilangan ayah itu di Facebook.

“Ayah seorang yang pendiam dan tidak menceritakan masalah dihadapinya menyebabkan kami buntu dengan kehilangannya itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jempol, hari ini.

Nasharuddin berkata, selepas pelbagai usaha mencari bapanya tidak membuahkan hasil dia membuat laporan di Balai Polis Ladang Geddes, semalam.

“Selepas buat laporan, saya pulang ke Kuala Lumpur untuk menghantar isteri serta anak dan ke tempat kerja untuk memohon cuti bagi mencari ayah.

“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan pulang ke kampung pagi tadi, saya menerima panggilan daripada orang awam memberitahu kereta Proton Gen 2 seakan-akan kereta ayah saya terbakar menyebabkan saya bergegas ke lokasi,” katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba adiknya Mohd Al-Fateh, 31, sudah berada di lokasi kejadian dan memaklumkan bapanya terbabit kemalangan itu.

Menurutnya, biarpun masih terkejut dan sedih dengan kejadian itu, namun dia reda dengan takdir Ilahi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan siasatan awal kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke gaung sedalam empat meter.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kereta mangsa terbakar dan mayatnya ditemui rentung.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*