Selepas Bncana Selat Sunda, Indonesia Berdepan Banjir Terburuk Dalam Sejarah Di Sulawesi Selatan

JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan orang maaut dan ribuan yang lain terpaksa berpindah selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia, kata pihak berkuasa.

Lepas satu-satu bncana yang melanda negara jiran kita Indonesia, sebelum ini Indonesia dikejutkan dengan badaian tsu-nami dan gmpa bumi diPalu, Sulawesisehingga mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa.

Tidak lama kemudian kejadian tsu-nami Anak Krakatau yang mengorbankan lebih 400 nyawa dan selepas itu Desa Pangurugan di Cirebon, Jawa Barat pula dilanda puting beliung yang dahsyat.

Hujan lebat dan angin kuat membadai beberapa bahagian Sulawesi sepanjang malam menyebabkan sungai melimpah dan membanjiri puluhan perkampungan di sembilan daerah di selatannya, termasuk beberapa bahagian di Makassar.

Lima orang ditemui maati di Jeneponto district, manakala tiga lagi terbunuh di Gowa, kata Agensi Pengurusan Bncana Indonesia (BNPB) Indonesia.

Jurucakap BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata: “Hujan lebat sejak Selasa di beberapa kawasan di selatan Sulawesi mengakibatkan banjir.

“Bot dan bantuan pemakanan masih diperlukan untuk mgsa yang dipindahkan, dan penyelamat masih mencari mereka yang hilang.”

Sekurang-kurangnya empat yang lain masih hilang, namun pihak berkuasa berkata, maklumat masih dihimpunkan dari kawasan terjejas.

Banjir di Sulawesi Selatan dikatakan antara banjir terburuk yang pernah terjadi melibatkan kawasan di Gowa dan Makassar.

“Gowa dan Makassar antara daerah paling teruk dengan keadaan hujan lebat tak berhenti selama 2 hari berturut-turut,” kata Menteri Sosial, Agus Gumiwang.

Mgsa banjir buat masa ini ditempatkan di masjid-masjid berdekatan dan jumlah keseluruhan mgsa sekurang-kurangnya 2,000 orang.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila luapan sungai Jeneberang yang merupakan sungai terpanjang di Sulawesi melakukan pembukaan air yang tidak terbendung.

Pihak penyelamat telah diarah untuk membantu proses mengeluarkan penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Kejadian berlaku disebabkan hujan lebat disertai angin kuat

Pray for makassarLindungilah mereka ya Allah…

Posted by Remaja Islam on Tuesday, January 22, 2019

Kejadian tersebut disebabkan oleh hujan lebat disertai angin kuat yang membadai beberapa kota di Sulawesi Selatan sepanjang malam, yang menyebabkan sungai melimpah sekaligus membanjiri puluhan kampung di sembilan daerah di Sulawesi Selatan termasuk Makassar.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bncana Indonesia (BPNB), Sutopo Purwo Nugroho berkata setakat ini 8 orang ditemui maaut dengan 5 di Janeponto manakala 3 di Gowa manakala sekurang-kurangnya 4 lagi masih hilang.

Angka korban dan hilang mungkin meningkat

PRAY FO R MAKASSARSemoga Semua Keluarga Disana Baik-Baik Saja 😢😢😢Dan selalu dalam lindungan allah.swt…

Posted by Youngki Zb on Tuesday, January 22, 2019

“Hujan lebat berintensiti tinggi sejak Selasa di beberapa kawasan di selatan Sulawesi mengakibatkan banjir.

“Bot dan bantuan pemakanan masih diperlukan untuk mgsa yang dipindahkan, dan penyelamat masih mencari mereka yang hilang.”

Posted by Anton Sokong on Tuesday, January 22, 2019

Data sementara BPNB menunjukkan 53 kampung di 9 kota di Wilayah Sulawesi Selatan mengalami banjir iaitu Jeneponto, Gowa, Maros, Soppeng, Barru, Wajo, Bantaeng, Pangkep dan Kota Makassar.

Ini antara gambar-gambar kejadian yang dikongsikan pengguna di media sosial sejak selasa.

Arus deras hingga meruntuhkan jambatan

Sebahagian kediaman dinaiki air hingga paras bumbung

Operasi menyelamat mgsa dibawa arus deras dan tanah runtuh

Banjir menenggelamkan sebahagian rumah

Semoga saudara kita di Indonesia terus tabah dan kuat dalam meneruskan hidup.

Sumber: Lobak Merah / Siakap Keli / Harian Metro / Detik News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*