Selepas Dua Minggu Abdul Bari ‘Pergi’, Ahli Keluarga Merasakan Seperti Ar wah Tidur di Dalam Biliknya

Sudah dua minggu Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd menghadap Illahi, namun ahli keluarganya masih merasakan kehadiran lelaki itu di kediaman mereka di Kuala Terengganu.

Adiknya, Siti Hairunnisa, 29, berkata, mereka masih merasakan ar wah tidur di dalam biliknya dan beberapa kali terpanggil namanya (ketika di rumah), walaupun hakikat sebenar ar wah sudah menemui Pencipta.

Katanya, bukan menidakkan qada dan qadar Allah SWT, tetapi sikap ar wah yang mesra dengan keluarga dan sentiasa ceria menyebabkan mereka sunyi serta kerap teringatkan Abdul Bari Asyraf.

Ar-wah adalah penyeri dalam keluarga

“ Sebab itu kami sukar sikit menerima ar wah sudah tiada kerana dialah penyeri dalam keluarga, kemesraannya dengan kami adik-beradik dan tanggungjawab, yang menyebabkan sentiasa rasa dia masih ada.

“ Pernah ada ketikanya kami terpanggil namanya sama ada untuk meminta tolong atau sekadar bergurau kerana itulah rutin kami ketika dia masih ada.

“ Malah ayah dan ibu pun berkeadaan serupa apabila mengetuk bilik tidur ar wah untuk mengejutnya solat Subuh,” katanya yang ditemui selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wira Pulau Warisan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail, hari ini.

Majlis diadakan pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK).

Hadir sama, ibu dan bapa Allahyarham Abdul Bari Asyraf iaitu Masitah Awang, 60, dan Mohd Mustafa, 66, serta lima lagi wira iaitu Omar Abdul Aziz Othman, 27, Saiful Anuar Mohd, 37, Shahrul Mizan Harun, 34, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, dan Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29.

Sementara itu, Masitah berkata, enggan menafikan perasaan sedih akibat pemergian ar wah, malah memerlukan masa untuk mengubat kehilangan itu.

Anak pergi dalam keadaan terpelihara darjatnya.

Namun, katanya, dia berbangga apabila anaknya pergi dalam keadaan yang sangat baik dan terpelihara darjatnya.

“ Saya percaya ar wah terjun ke sungai dengan satu niat, mahu menyelamatkan semua mngsa daripada l3mas tanpa memikirkan kemungkinan lain yang boleh berlaku ke atas dirinya.

“ Setahu saya, ar wah pun tidak pernah main air apatah lagi berenang di sungai yang dalam, tetapi ketika kejadian, Allah menggerakkannya untuk terjun ke sungai itu. Ajalnya sudah ditetapkan di situ dan kami reda ketentuan Illahi,” katanya.

Allahyarham Abdul Bari Asyraf l3mas selepas menyelamatkan wanita termasuk kanak-kanak tiga tahun yang terperangkap dalam Mitsubishi Storm selepas kenderaan itu mengelongsor ke dalam muara Sungai Terengganu, 9.40 malam, 8 Februari lalu.

Ketika kejadian, ar wah bersama lima lelaki terjun ke sungai itu untuk membantu. Susulan tragedi itu ar wah dan lima lelaki berkenaan dianugerahkan Wira Darul Iman oleh kerajaan negeri.

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*