Selepas Keluarkan Kata Kata Slndiran Tentang Prsembahan Nabila Razali di AJL 35 Semalam, Ramai Yg Selar Hafiz Hamidun. Ini Pula Resp0n Hafiz Hamidun

Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun tidak mengambil pusing kecaman yang diterimanya selepas memuat naik ciapan mengenai lagu Peluang Kedua, di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 malam tadi.

Ciapan Hafiz menjadi trending di laman sosial Twitter apabila ia dianggap sindiran sinis oleh peminat Nabila Razali, penyanyi lagu tersebut.

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan,” ciap Hafiz.
Hafiz ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak berniat untuk mengutuk atau merendahkan sesiapa, tetapi ia pandangan sebagai seorang peminat.

“Biarlah kalau mereka nak kecam saya…Saya bukan kutuk, tetapi itu pandangan peribadi sebagai seorang peminat lagu itu.Bayangkan, lagu yang satu Malaysia suka tetapi tidak kesampaian…itu sahaja. Tetapi ciapan saya tu buat peminat Nabila marah pula.

“Its okay, saya tidak berkecil hati pun. Saya sentiasa support rakan-rakan seangkatan dalam industri ini,” katanya.

Nabila Razali sekali lagi menjadi trending malam tadi selepas ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua, ciptaan Hael Husaini.

Disebalik kecaman yang dilemparkan, Nabila turut menerima kata-kata semangat daripada peminat dan rakan-rakan selebriti.

Artikel dipetik/kredit dari gempak.com / awattsyeikhh

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*