Selepas Majlis Tahlil, Ibu Arwh Abam Bocey Beritahu Sesuatu Yang Mengejutkan Tentang Menantunya Nor Hidayah

Sabariah ditemui media selepas majlis tahlil Allahyrham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan, 32, di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur anjuran Astro.

Menurut ibu kepada empat ini, dia pun tidak tahu membaca. Cuma, segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya, Ali Puteh.

“ SAYA tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwh anak yang sudah meninggal dunia itu.

“ Sekarang, saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi,” kata ibu Allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63.

“ Selama ini pun, dalam telefon saya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam untuk memudahkan saya menghubungi mereka.

“ Cuma seminggu sebelum Abam meninggal dunia, nombor telefon arwh hilang tiba-tiba dan saya memang tak dapat menghubunginya. Tapi, arwh tak pernah lupa telefon saya,” katanya.

Mengulas juga tindakan menantunya, Nor Hidayah MohdAli yang bertindak keluar dari rumah selepas kematian Abam, Sabariah berkata terserah apa yang nak dilakukan wanita itu.

“ Lantak dia lah, dia nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak ada cakap apa pun. Saya tak hirau,” katanya.

Ujarnya, lebih baik dia dan Hidayah, masing-masing tidak berhubung selepas pemergian Abam

Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian warganet apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama Hidayah secara langsung di media sosialnya.

Dalam temu bual itu, ada soalan ditujukan Aliff berkaitan isu sensitif membabitkan harta pusaka.

Insiden tercetus itu, bagaimanapun menjadi tegang sehingga berlaku perbalahan di antara kedua-dua keluarga dan menjadi bualan hangat daripada warganet.

Allahyrham Abam menInggal dn1a secara mengejut pada 10 Februari lalu di kediamannya akibat demam panas.

Ketika pengebum1an anggota kumpulan Bocey itu, lebih 2,000 orang mengiringi jazah Abam dari masjid hingga ke Tanah Perkuuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*