Selepas Menawarkan Ganjaran Untuk Sesiapa Yang Dapat Berkahwin Dengan Anaknya, Ini Pula Yang Berlaku. Tauke Durian Tak Jadi Carik Calon Menantu

DUA hari selepas menawarkan pulangan lumayan dalam mencari bakal menantu, seorang tauke durian di Thailand, Anont Rotthong, kemudiannya membuat keputusan membatalkan tawaran itu.

Beliau yang menjalankan perniagaan di dua buah pasar di wilayah Chumphon di selatan Thai, pada hujung minggu lalu menawarkan hadiah bernilai 10 juta bhat merangkumi wang tunai, kereta dan kebun durian kepada lelaki yang berjaya menambat hati anaknya.

Syarat penting yang mesti dipenuhi, seperti dinyatakan dalam posting di akaun Facebook miliknya, lelaki yang bakal jadi menantunya mesti tahu cara membeli dan juga memilih durian.

Untuk membuktikannya, calon menantu harus mengambil bahagian dalam satu ‘pertandingan’ selama tiga bulan yang akan diadakan di salah satu kebun duriannya.

Akan tetapi, pada Selasa malam, usahawan durian berkenaan mengumumkan menerusi satu lagi posting di Facebook, mengatakan dia tidak lagi akan melayan sebarang permohonan.

Mana tidaknya, katanya, sejak berita berkenaan viral, dia menerima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon menantu untuk anak gadisnya yang berusia 26 tahun.

Malah, menurut Anont, 58 tahun, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita berkenaan mula tersebar di seluruh dunia.

“Kepada lelaki yang berminat, berhenti telefon saya! Saya letih dengan panggilan telefon yang tidak henti-henti.

“Beri saya ruang untuk berehat,” tulisnya lagi, sambil menambah, pertandingan yang dirancang diadakannya itu juga turut dibatalkan.

Anda pandai pilih durian? Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta!
Demi mencari jodoh untuk anaknya, seorang jutawan ladang durian dari Thailand telah menawarkan perkahwinan bersama anaknya dan menghadiahkan wang sejumlah RM 1.28 juta (Bath 10 juta) serta asetnya yang lain.

Anda pandai pilih durian? Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta!

SETIAP ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak kesayangan mereka bahagia, berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa dari Thailand, Anont Rotthong, untuk mencari pasangan hidup untuk anaknya.

Portal berita Bangkok Post melaporkan, jutawan ladang durian dari Thailand itu menawarkan ganjaran perkahwinan bersama anaknya selain menghadiahkan wang sejumlah RM1.28 juta (10 juta Baht) serta asetnya yang lain.

Namun, bapa tersebut meletakkan syarat-syarat tertentu di mana calon menantu itu mesti tahu cara membeli dan memilih durian.

Beliau juga berkata, calon tersebut tidak perlu membayar apa-apa pun dalam mas kahwin malah dia sendiri yang akan menguruskan segalanya termasuk kenderaan, satu rumah, dua pasar durian dan dijodohkan lagi dengan anak perempuannya yang sudah memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China.

Tambah Rotthong, dia ingin melakukan pembaharuan dan dia sedang mencari waris untuk meneruskan perniagaannya kerana khuatir dengan usianya yang semakin lanjut.

‚ÄĚNamun lelaki itu mestilah seorang lelaki yang budiman dan bukan kaki judi. Tambahan, dia mesti mencintai anak saya sepenuh hatinya dan kuat bekerja‚ÄĚ, kata beliau.

“Orang yang akan menjadi keluarga saya mestilah baik dan tidak boleh menjadi seorang kaki judi, yang penting dia bekerja keras dan tulus mencintai anak perempuan saya,” ujarnya.

Anont yang memiliki dua ladang durian di Chumphone, termasuk ladang Uay Chai di Tambon Wang Takor dari daerah Lang Suan ini juga berkata bakal menantunya hanya perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak perlu berasal dari keluarga kaya atau berpendidikan tinggi.

Kata Anont, perjalanan perniagaannya dimulakan semasa dia tidak mempunyai apa-apa lagi sehinggalah dia bergelar jutawan.

Tambahan, dia juga mahukan anak muda di luar sana diberi peluang dan harapan untuk berjaya.

Menurut anaknya, Kansita Rotthong, 26, dia terkejut dan mengganggap bapanya bergurau tetapi sebenarnya tidak. Dengan itu, dia tidak melawan dengan keputusan bapanya dan mengharapkan yang terbaik untuk dirinya.

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*