Selepas Mukhriz Dakwa Masih MB Kedah, Sekali Abu Syafiq Masuk Komen

Selepas Mukhriz Mahathir mendakwa dia masih Menteri Besar Kedah yang sah, pelbagai pihak tampil mendesak beliau untuk meletakkan jawantan secara terhormat kerana telah kehilangan majoriti

Pendakwah kontrovrsi, Abu Syafiq juga mempunyai nada yang serupa

“Saya cadangkan Dato Seri Mukhriz letak jawatan sebagai MB Kedah dan fokus pada Parlimen sahaja. Manalah tahu boleh jadi PM nanti. Maaf jangan terasa Tok”-tulis Abu Syafiq di ig milik beliau

PN serah 23 SD tidak percaya Mukhriz kepada Sultan Kedah.

PETALING JAYA, 13 Mei: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sudah dipersembahkan 23 akuan bersumpah dari adun yang mencadangkan calon baharu menggantikan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Jumlah adun di Kedah adalah seramai 36 orang, ini bermakna dengan 23 adun, PN hanya kurang satu kerusi untuk mendapat 2/3 majoriti.

Kata Takiyuddin yang dipetik The Star Online, SD berkenaan diserahkan ketika presiden Umno, PAS dan Bersatu mengadap Sultan Sallehuddin di Kuala Lumpur hari ini.

“Mereka memaklumkan kepada sultan bahawa ketiga-tiga parti bersetuju dengan calon yang dinamakan dalam SD berkenaan bagi menggantikan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah,” – Takiyuddin

Menurut Takiyuddin pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra.

Beliau menambah, langkah menggantikan menteri besar melalui serahan SD kepada sultan diambil kerana ia dianggap lebih wajar berbanding menggunakan kaedah undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Menurut laporan berkenaan, pertemuan tersebut berlangsung kira-kira sejam selepas Mukhriz mengumumkan beliau masih menteri besar Kedah yang sah.
Difahamkan, kesemua 23 adun tersebut mencadangkan supaya adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah sebagai menteri besar yang baharu.

Pertemuan dilaporkan berlangsung sejam selepas Mukhriz mengumumkan bahawa beliau masih lagi menteri besar Kedah.

Terdahulu, Mukhriz menafikan bahawa beliau sudah kehilangan majoriti di dewan undangan dan menambah kerajaan Pakatan Harapan Kedah masih belum jatuh dan beroperasi seperti biasa.

“Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah dakwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam,

“Ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanakan termasuklah yang melibatkan kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah sebelum perkara seperti itu boleh berlaku.

“Jadi, sebelum ia berlaku maka kerajaan ini masih lagi beroperasi seperti biasa dan sebab itu saya punya mesyuarat exco pun boleh berlangsung hari ini,” – Dato Seri Mukhriz Mahathir

Letak Jawatan Mukhriz, Jangan Menyusahkan Orang – Mahdzir Khalid

Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir disaran supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah kehilangan majoriti untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu.

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, berkata itu langkah terbaik yang perlu diambil Mukhriz demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri serta tidak “menyusahkan banyak pihak”.

” Sepatutnya dengan tidak menyusahkan banyak pihak termasuk istana, beliau meletak jawatan terlebih dulu.

” Kalau dia (Mukhriz) masih ada ahli (majoriti) yang cukup, dia boleh terus kekal sebagai menteri besar.

amun, kalau tak cukup (majoriti) sepatutnya letak jawatan,” katanya Mahdzir yang juga bekas menteri besar Kedah kepada Malaysiakini, hari ini.

Hari ini, Mukhriz mempertahankan yang beliau masih menteri besar Kedah walaupun pembangkang mendakwa beliau telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

” Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah dakwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Mukhriz yang juga Adun Jerlun berkata terdapat prosedur yang perlu diikut untuk menukar kerajaan.

PH Kedah dan Mukhriz hilang majoriti selepas Adun Sidam dan Lunas mengumumkan keluar PKR (bawah) dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Susulan perkembangan itu, PAS Kedah mengumumkan PN mempunyai majoriti mudah, serta mendapat sokongan empat Adun Bersatu, untuk menubuhkan kerajaan baru.

Untuk rekod ini kali kedua kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tergugat, kali pertama berlaku ketika beliau bersama Umno.

Krisis dalaman Umno membabitkan Mukhriz dan kepimpinan utama ketika itu menyaksikan beliau meletak jawatan menteri besar Kedah pada 3 Feb 2016.

Sultan ada jalan penyelesaian terbaik

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, beliau yakin pihak istana khususnya sultan mempunyai jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut berkenaan.

Bahkan katanya ia bukanlah kali pertama Kedah berdepan dengan krisis politik sedemikian rupa.

” Isu Kedah ini bukanlah kali pertama berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan pihak istana.

” Saya yakin dalam isu ini pihak istana khususnya Tuanku Sultan mempunyai kebijaksanaan dalam mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini,” katanya.

Samson Bujang Lapok 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*