Selepas Nama Tak Terpilih Jadi Menteri Balik, Ini Rancangan Ahmad Maslan

PUTRAJAYA: Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini.

Turut berangkat pada istiadat yang bermula jam 3 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Barisan pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin merangkumi 31 menteri, termasuk empat menteri kanan, serta 37 timbalan menteri

Dapat disaksikan banyak bekas-bekas menteri zama BN telah dilantik semula menjadi menteri penuh di pelbagai kementerian. Namun begitu banyak tokoh dari UMNO tidak tercalon, antaranya Ahmad Maslan

Rancangan Ahmad Maslan

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menyuarakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, bidang yang mungkin dipilih bekas timbalan menteri kewangan itu mungkin dasar ekonomi dan kewangan.

“ Hari ini saya ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur untuk perbincangan ambil PhD dalam bidang berkaitan dasar ekonomi dan kewangan. Semoga hasil tesis saya nanti boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan negara.

“ Hidup perlu diteruskan, perlu juga ada dimensi baru…Mohon doakan saya,” katanya yang merupakan anggota Parlimen Pontian sejak 2008.

Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam Ekonomi dan Politik di Universiti Victoria, New Zealand pada 1988.

Beliau pernah menjadi timbalan pengarah Biro Tatanegara sebelum menjadi setiausaha sulit kanan kepada Mustapa Mohamed selama enam tahun.

Selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003, beliau meneruskan khidmat di badan berkaitan kerajaan.

Selepas menang pada PRU 2008, beliau dilantik menjadi timbalan menteri kewangan. Di tengah-tengah skandal 1MDB pada 2015 pula, beliau menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Beliau bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Kartel Dakwah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*