50 Umat Islam Tunaikan Solat Sunat Istisqa Untuk Hujan Turun Dan Selepas Itu Ini Terjadi

SERAMAI 50 umat Islam menunaikan solat sunat Istisqa memohon hujan di Bonython Park, Adelaide, hari ini, susulan kebak4ran hutan yang teruk di Australia.

Selain jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, upacara itu turut disertai penganut Kristian yang berdoa supaya kawasan terbakar itu dilimpahi hujan bagi membantu petani dan mangsa yang terjejas akibat kebak4ran itu.

Menurut Mail Online, Paderi Patrick McInerney daripada Pusat Hal Ehwal Krist1an dan Muslim turut menyertai upacara itu di mana beliau turut mendoakan supaya hujan.

“Hari ini saya turut menyertai dengan saudara Muslim di Adelaide untuk berdoa bersama supaya hujan turun.

“Rakan saya, Profesor Mohamad Abdalla juga memberikan khutbah yang menekankan taubat dan pergantungan kepada Tuhan yang Maha Penyayang,” katanya.

Solat itu dilaksanakan sehari selepas juruterbang Dick Lang, 78, dan anaknya, Clayton Lang, 43, m4ut di Pulau Kangaroo di pantai Australia Selatan.

Mereka men1nggal dunia selepas kembali bagi mengambil kelengkapan sebelum terperangkap kerana tidak dapat mengharungi api itu

Kebak4ran hutan memusnahkan lebih daripada empat juta hektar kawasan di lima negeri sejak September lalu dan lapan kematian dikaitkan dengan kebak4ran itu.

(Video) Api Makin Marak, Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun

Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebak4ran belukar.

Krisis kebak4ran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusn4han hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorb4nkan sekitar 480 juta haiwan pelbagai spesies.

Cuaca berangin serta suhu yang tinggi membuatkan api semakin mudah merebak.

Menurut seorang profesor dari fakulti Sains Bumi, Atmosfera dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, tahun lalu merupakan tahun paling kering bagi negara kanggaru itu.

Bahkan, gambaran kebak4ran yang buruk itu boleh dilihat di satelit.

Malap3taka ini menyatukan penganut berlainan akidah yang sama-sama berdoa meminta agar hujan diturunkan.

Tak tergambar kegembiraan mereka dengan kata-kata apabila hujan mula turun dengan harapan ia membantu menghentikan kebak4ran yang dahsyat itu.

Syukur, hujan akhirnya

Rata-rata maya dari seluruh dunia mengucapkan kesyukuran dan mendoakan warga Australia yang menghadapi benc4na itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber :YasellatuanThe Conversation dan Harian Metro dan Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*