Selepas TMJ Memohon Maaf Kepada Rakyat Berkenaan Kerajaan Baru. Tidak Disangka Khairuddin Akan Memberi Respond Ini Kepada TMJ

Aktivis Khairuddin Abu Hassan menyatakan kekagumannya terhadap tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memohon maaf secara terbuka atas kesilapannya.

“Sifat ini harus dipuji kerana saya yakin TMJ amat ikhlas dalam mengeluarkan kenyataan ini.

“Proses tegur menegur harus ada tetapi ia mestilah berteraskan keikhlasan, berhemah, beretika serta profesional,” katanya.

Terdahulu, TMJ memohon maaf atas kesilapan beliau sepanjang tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menegaskan teguran beliau sebelum ini dibuat semata-mata kerana mahukan kerana “benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya” dan tidak akan berhenti bersuara.

Khairuddin sebelum ini mencadangkan TMJ turun takhta dan berpolitik sepenuh masa selepas beberapa kali mengkritik pemimpin kerajaan, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan hari ini, Khairuddin juga menggunakan bahasa lebih lembut dan menegaskan tegurannya pada TMJ sebagai “amat ikhlas”.

Beliau juga menegaskan beliau adalah “orang Melayu yang kuat mempertahankan institusi diraja sehingga akhir zaman”.

“Raja dan rakyat berpisah tiada.” katanya

“Dalam masa yang sama, kerabat-kerabat diraja juga harus berhati-hati dalam membuat kenyataan-kenyataan yang kemungkinannya boleh menyebabkan rakyat marhaen hilang hormat pada institusi diraja.” Sumber ArtikelMKINI

KATA KATA TMJ APABILA BELIAU MEMOHON MAAF KEPADA RAKYAT

MAAFKAN SAYA

Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul. Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini.

Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat. Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda No.1 sekiranya perlu.

Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya. Tolong… Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain, Tolong berhenti mempolitikkan setiap isu. Kadang kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan.

Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial. Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik. Ayuh kita bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*