Selepas Warga Russia Dihantar Ke Kedutaan, Polis Temerloh Dapat Penghargaan Kedutaan Russia Dan Pujian Yang Hebat

Tindakan pantas polis Temerloh yang menyelamatkan seorang pelancong asing dari Moscow, Russia pada Rabu lalu menerima surat penghargaan Kedutaan Rusia semalam.

Menerusi penghargaan itu, kedutaan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana membantu jurutera Maxim Lapin yang terkandas ketika negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah kedutaan itu juga memuji kemahiran dan pengetahuan anggota yang terlibat dalam kejadian berkenaan selain memahami kesukaran dihadapi pihak polis menjaga orang awam sepanjang PKP.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Bin Othman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat serta turut membantu dalam usaha ini.

Terdahulu, gambar lelaki berusia 42 tahun itu tular di media sosial kelihatan memegang kadbod yang bertulis “I can’t go home and have no money. I need a food” di luar sebuah restoran makanan segera.

Begitulah nasib seorang jurutera kargo warga Rusia yang diselamatkan polis selepas ‘terkandas’ di Temerloh gara-gara gambarnya dalam keadaan amat menyedihkan dikongsi seorang wanita di Facebooknya sehingga menjadi tular di media sosial.

SIAPA sangka pertolongan kecil itu besar impaknya.

Lelaki itu dilihat memegang potongan kotak yang tertulis

“I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran makanan segera.

Menurut Lizawati Abizar, wanita yang berkongsi gambar lelaki dikenali sebagai Maxim La itu, dia sekadar membantu sesama manusia.

Petang semalam kebetulan saya beli McDonald. Lepas saya ambil makanan saya patah balik semula sebab hati saya tergerak nak baca apa yang dia tulis kat kotak tu.

Tapi saya tak bagi makanan sebab saya beli untuk anak saja. Jadi saya bagi duit untuk dia beli makanan. Masa tu jarak kereta dengan dia tak dekat sangat, saya hulur macam tu dan terus pandu lalu,” katanya lagi.

Simpati melihat lelaki itu, Lizawati atau lebih dikenali sebagai Eza terpanggil untuk berkongsi gambarnya di Facebook dengan harapan ada orang lain yang akan membantu.

Bila saya hulur duit nampak sangat dia susah hati. Dia kata ‘thank you’. Kami tak dapat borak sebab saya order makanan drive-tru.

Nampak jugalah wajah dia penat sangat masa tu dan macam tak berdaya. Saya pun post gambar dia dengan harapan ada yang akan bantu.

Masa tu nak share kat grup Facebook tapi tak sempat, tengok-tengok ramai dah bantu share. Alhamdulillah ramai mesej saya beritahu nak bantu dia,” katanya.

Kalau orang lain di tempat saya mereka pun akan buat perkara sama

Wanita berusia 33 tahun itu turut berterima kasih kepada netizen kerana membantu mempermudahkan urusan lelaki tersebut.

Saya tak buat apa pun. Orang lain yang bantu dia. Kalau orang lain di tempat saya mereka pun akan buat perkara sama.

Saya asbab dan kebetulan ada dekat situ. Sama-samalah kita jadi sebaik-baik manusia. Manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Terima kasih semua yang bantu saya share post. Masa tu saya nak cepat. Itu je yang saya boleh bantu. Saya tahu rakyat Malaysia sangat prihatin,” katanya.

Pada masa sama, Eza turut terkejut apabila menerima mesej daripada lelaki itu menerusi Facebook Messenger pagi Khamis.

“ Bila dapat mesej tu memang saya terkejut. Tak sangka dia cari saya di Facebook. Lepas tu dia terus add saya.

Dia just nak ucap terima kasih kerana bantu dia tempoh hari,” katanya.

Lelaki tersebut menerusi status terbaharunya di Facebook petang Khamis memaklumkan dia sudah dibawa polis Temerloh menuju ke Kuala Lumpur.

Saya OK. Klinik memeriksa saya untuk Covid-19. Maaf untuk sedikit halangan dekat McDonalds,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, Rusia ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh kira-kira jam 4.30 petang.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac lalu.

Jurutera tersebut merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.

Kemudian dia berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*