Semakan Program Pengeluaran KWSP i-Lestari Di Pautan SemakanOnline Adalah Palsu

KUALA LUMPUR: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengesahkan laman web semakan online.com yang tular di media sosial bukan milik KWSP atau mana-mana agensi kerajaan.

Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, proses pendaftaran akan bermula pada 1 April ini melalui kaedah e-mel dan juga pos.

” Pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei 2020.

“ Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diuar-uarkan sebelum 31 Mac,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah laman web yang membolehkan pendaftaran bagi orang ramai untuk menguruskan proses pengeluaran wang di akaun dua KWSP melalui program yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Untuk pendaftaran: [email protected] epf.gov.my

Alamat KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, P.O Box No. 2, Jalan Sultan, 46670 Petaling Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut. Layari laman web: www.epf.gov.my

Untuk pertanyaan : [email protected] epf.gov.my

Sumber: Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*