Sempat Jerit ‘Best’, Kegembiraan Wanita Main Rope Swing Berakhir Dengan Tragedi

Siapa sangka, keterujaan seorang wanita bermain aktiviti terjunan ‘rope swing‘ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ahad lalu berakhir dengan tragedi. Siti Halijah Abd Rahim dikatakan mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang selepas terjatuh sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

Hajat terakhir kakak & berjaya aku tunaikan..

Mengimbas semula insiden tersebut, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan tergantung pada ketinggian sekitar 10 meter sebelum terhempas atas batu dan jatuh ke dalam sungai. Hal ini dipercayai berpunca daripada berlakunya kesilapan teknikal pada kabel. Insiden meruntun jiwa itu turut dikongsi adiknya, Mohamad Yakud Abd Rahim menerusi sebuah posting di Facebook.

Kakak sempat jerit ‘best‘, tiba-tiba dengar bunyi jatuh..

Yakub yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Undang-Undang Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai melakukan terjunan. Sementara itu, ahli keluarga yang lain termasuk ibunya hanya memerhati dari jauh di platform tinjauan.

Lepas pam dada, dia tersedar tapi tak ingat apa-apa..

Siti Halijah bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh petugas water rafting yang kebetulan berada di lokasi tersebut sebelum di hantar ke sebuah pusat perubatan berdekatan. Wanita berkenaan kemudian dirujuk ke Selayang bagi menjalani operation akibat kecederaan di bahagian tulang belakangnya. Dalam pada itu, mereka sekeluarga tidak menunding jari kepada penyedia khidmat aktiviti berkenaan atas apa yang berlaku.

Sumber : Facebook Obe Mikel, mStar

Kredit : Kisah Dunia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*