
Jutaan umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa hari ini. Dan seperti kebiasaannya, malam pertama Ramadan akan diserikan dengan solat tarawih. Namun, berikutan pandemik COV19, kebanyakan negara tidak membenarkan solat tarawih dijalankan di masjid bagi mengelak penularan.
Tiada solat tarawih di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Arab Saudi menggantung solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.
Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais.
Tarawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu kenyataan di Twitter.
Kenyataan itu juga menyebut itikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan.
Selain itu, umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. – Bernama
SUASANA SEDIH MENYELUBUNGI KETIKA TERAWIKH
Solat terawih di Masjidil Haram yang penuh beremosi malam tadi. Semua jemaah mengalirkan air mata sepanjang solat. Hanya melibatkan kakitangan Masjid
“Ya Allah, bebaskan kami daripada ancaman wabak Cov19 ini supaya kami boleh beribadah seperti biasa.”
Solat terawikh di Masjidil Haram hanya dibenarkan untuk 10 rakaat bersama witir.
RAKAMAN MEDIA
Astro Awani / Sinar Harian / Viddy Media
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply