Senario Reunion Tanpa Lan Pet Pet, Ini Sebab Mengapa Hanya 6 Ahli Sahaja

Pelawak Saiful Apek akui persahabatannya dengan semua ahli kumpulan Senario merupakan satu yang indah dan tidak ternilai.

Menurut Saiful hubungan mereka tidak ubah ibarat seperti adik beradik apabila masing-masing bergabung kembali sebagai Senario.

Menariknya, Senario bakal kembali dalam sebuah naskhah Senario Reunion yang akan ditayangkan di RTM TV2 pada malam raya kedua.

“Indah dan nikmatnya, harga silaturrahim dan ukhwah yang tiada nilai dengan wang ringgit, bersama sahabat-sahabat yang masih lagi istiqamah untuk bersama-sama selagi masih bernyawa.

“Sayangi sahabat-sahabat, ibarat famili sendiri. Syukur Alhamdulilah,” tulisnya.

Saiful berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu mereka hanya kembali dengan 6 orang ahli sahaja tanpa Lan Pet Pet.

“Kepada yang tertanya-tanya kenapa 6 ahli sahaja, ia adalah kerana abang Lan Pet Pet tak dapat bersama atas kesibukan urusan yang tak dapat dielakkan.

“Tiada kejadian yang dijadikan kebetulan,” katanya lagi.

Selain Saiful, Senario Reunion bakal menampilkan Hamdan, Wahid, Ilya, Yassin dan Azlee.

Senario kini kembali dengan Senariounion. Wujud setelah sekian lama, ahli kumpulan pelawak ini silih berganti dan terbaru mereka kembali semula menghiburkan orang ramai.

https://www.instagram.com/p/CAN0P6sAij-/?utm_source=ig_embed

Kemunculan mereka di kaca televisyen sering sahaja dinanti-nantikan peminat Senario untuk bergelak tawa dengan lawak mereka. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan dan membuat lawak, mereka juga boleh menyanyi.

Sebut sahaja lagu seperti Joget Toleh Menoleh, Jeling-Jeling, Anje Anje serta Sebelum dan Sesudah, memang cukup sinonim dengan kumpulan Senario.

Terkini nama Senario menjadi Senariounion dengan kehadiran lagu terbaru iaitu Di Hari Yang Mulia. Menerusi muzik video lagu ini kelihatan hanya empat orang ahli sahaja yang tinggal iaitu Illya, Yassin, Saiful Apek dan Hamdan.

Bagaimanapun lagu Di Hari Raya Yang Mulia dari Senariounion ini mampu mengubati rindu peminat mereka. Jom layan lagu raya Senario ini di bawah:

Memang menambah aura dan semangat nak raya bila mendengarkan lagu dari mereka ini, biarpun beraya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dek kerana penularan wabak Covid-19.

Di ruangan komen, ramai yang menyambut gembira mendengarkan lagu raya Senario ini yang mampu mengimbau kenangan kanak-kanak mereka.

GEMPAK / HIMPUNAN CERITA LAWAK

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*